Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 15 November 2018

YAMAHA YZF R25 2019 Tawar Bentuk Inspirasi Dari Siri R

Yamaha terkenal dengan kepantasan, keanggunan dan kemantapan teknologi yang dilengkapkan pada jenterajentera mereka. Antara model yang telah lama berjaya menembusi pasaran dunia ialah YZF R1. Sebuah mesin sport yang bersesaran 1,000cc yang diperkenalkan ke pasaran global 20 tahun yang lalu dan serta merta meraih pujian serta kepercayaan para pencinta motosikal. Dari enjin jenis karburetor hinggalah kepada suntikan bahan api.... dari sebuah jentera sport biasa hinggalah terkini yang padat dengan teknologi moden, R1 menjadi pilihan bukan sahaja untuk mereka yang inginkan sebuah mesin pantas malah turut meraih pelbagai kejuaraan di seluruh dunia seperti Endurance World Championship, WSBK, All Japan Championship, AMA Superbike Championship, Suzuka 8 Hours dan banyak lagi.

Para VIP Yamaha ditemani oleh pelumba WSSP300 Indonesia, Galang Hendra Pratama (kiri sekali) dan pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin (kanan sekali) di majlis pelancaran Yamaha R25 dan R3..

Pada tahun 2014, siri terbaru dalam keluarga R iaitu YZF-R25 dan YZF-R3 telah dilancarkan dengan konsep 'Superbike Untuk Kegunaan Harian' yang menawarkan tunggangan yang mantap dan selesa. Sejak dari pelancaran itu, sebanyak 120,000 unit telah dihasilkan dan mendapat permintaan cukup tinggi daripada para pengguna motosikal di seluruh dunia. Model R25 juga merupakan mesin pilihan jagoan yang beraksi di dalam perlumbaan. Ini kerana 'mereka' memiliki jentera yang menjanjikan prestasi tinggi dan pada masa yang sama cukup mudah dikendalikan.

Tahniah buat Yamaha di atas kejuruteraan hebat dalam penghasilan sebuah mesin yang cukup mengagumkan ini. Bersempena dengan ulang tahun ke-20 jentera YZF-R1, Yamaha Motor Corporation,. Ltd telah melancarkan model terbaru dalam siri R iaitu YZF R25 di sebuah hotel lima bintang di bandaraya Jakarta pada 11 Oktober yang lalu.

Kasma Daniel cukup segak bersama dua buah model sensasi Yamaha, R15 (kiri) dan YZR M1.

Terima kasih buat HLYM di atas jemputan istimewa buat RR untuk membuat liputan di negara jiran itu. Majlis perasmian meriah dengan susun atur ruang yang anggun dan dimegahkan dengan warna biru Yamaha. Menanti di ruang utama ialah jentera-jentera MotoGP, YZF R1, YZF R6 dan YZF R15. Para tetamu yang terdiri daripada media dan pasukan Yamaha ARRC tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama jentera-jentera tersebut termasuklah pelumba sensasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin.

Model 2019 ini menawarkan rekabentuk baru yang kini lebih segar, sporty, aerodinamik dan cukup menarik. Dengan bertemakan ‘Super Sport Design’, konsep rekabentuk model baru ini jelas diinspirasikan oleh model YZR M1 seperti mana yang telah dilakukan pada dua model yang lebih berkuasa iaitu R1 dan R6.

Dari segi enjinnya, YZF R25 baru ini tidak banyak berubah dengan enjin bersesaran 249cc, dua silinder, empat lejang, DOHC dengan hantaran kuasa 26.5kW pada 12,000rpm dan tork maksimum 22.6Nm pada 10,000rpm. Menerusi tema Super Sport Design,  Yamaha ini dilengkapkan dengan lampu LED, tangki serba baru (lebih selesa untuk mengepit) dan meter digital yang canggih. Kelincahan dan kejituan kawalan jentera ini datangnya dari kerangka jenis Diamond yang ringan tetapi bertegaran tinggi.

Rekaan fairing Cross-Layered Wing yang direka tawarkan peningkatan kelajuan lebih daripada 8km/j berbanding model sebelum ini. Untuk tunggangan selesa setiap masa, R25 baru ini didatangkan dengan fork hadapan KYB baru jenis terbalik dan saspensi belakang jenis KYB boleh laras. Dengan ketinggian pelana 780mm, R25 sememangnya direka untuk memudahkan semua jenis penunggang ketika bersamanya. Terdapat tiga warna menarik yang boleh dipilih iaitu Racing Blu, Matte Red dan Matte Black. Harga masih belum dapat ditentukan lagi dan RR difahamkan model ini akan mula berada di pasaran negara pada separuh pertama tahun hadapan.

Turut dilancarkan pada hari yang sama ialah model YZF R3 yang bakal dipasarkan di beberapa buah negara Asean dan USA. Menurut pihak YMC, model baru ini juga bakal digunakan dalam perlumbaan WSBK 2019 dan berkeyakinan tinggi untuk meraih keputusan yang membanggakan. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.