Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 14 Oktober 2018

Honda Vario 150: Moden & Bergaya

Pasaran skuter tanahair sudah pasti semakin meriah dan kompetitif dengan pengenalan kepada model baru, Honda Vario 150 yang dilancarkan oleh Boon Siew Honda (BSH) pada akhir Ogos lalu. Model transmisi automatik terbaru ini menggabungkan rekabentuk sporty, penjimatan bahan api dan prestasi yang mengagumkan. Hadir menyempurnakan majlis pelancaran pada hari tersebut ialah Pengerusi BSH, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing dan Pengarah Urusan/CEO BSH, En. Keiichi Yasuda.

Pegawai-pegawai tertinggi Boon Siew Honda melancarkan model terkini Honda Vario 150.
Pegawai-pegawai tertinggi Boon Siew Honda melancarkan model terkini Honda Vario 150.

Vario 150 dilengkapi dengan enjin silinder tunggal dan sistem penyejuk cecair bersesaran 150cc. Ia menawarkan kuasa maksimum 13.1PS pada 8,500rpm dan tork maksimum 13.4Nm pada 5,000rpm. Demi memuaskan hati para pencinta skuter yang sentiasa menginginkan unit-unit berspesifikasi mantap, Vario 150 dipertingkatkan dengan adanya teknologi terkini seperti Enhance Smart Power (eSP), Idling Stop System (ISS), Kunci Pintar Honda, Combi Brake System (CBS) dan panel meter digital yang cukup canggih.

Pastinya skuter Honda ini juga menampilkan rekaan yang cukup praktikal seperti posisi menunggang yang selesa, ruang bawah pelana yang besar (18 liter), sistem brek cakera dengan cemerlang, ruang penyimpan hadapan dan lampu-lampu LED yang cerah dan menarik. Terdapat empat warna menarik menanti para pelanggan seperti Pear Magellanic Black, Pearl Nightfall Blue, Force Silver Metallic dan edisi Repsol.

Pada hari pelancaran, kami diberi peluang untuk menunggang uji jentera baru ini pada jarak sejauh kira-kira 10 kilometer. Dengan bantuan pihak polis trafik, perjalanan ringkas tersebut bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga cukup selamat. Dalam kesempatan sesi tunggang uji itu, apa yang dapat disimpulkan iaitu Honda Vario ini cukup lincah dan dengan enjin yang responsif, ia tangkas dalam semua keadaan.

Cermin sisinya cukup baik untuk kita melihat keadaan trafik di belakang dengan mudah cuma ruang di antara penunggang dengan bar hendal agak rapat dan papan pemijak juga kecil. Bagi penunggang yang memiliki kaki bersaiz 9 dan ke atas, agak sukar untuk kita gerakkan bahagian kaki.

Sistem brek combi pada jentera ini sangat membantu bagi mengimbangi antara brek pada roda hadapan dan belakang untuk memberikan cengkaman brek yang lebih baik. Semasa menggunakan kedua-dua brek, penunggang perlu melepaskan tuas brek sebelah kiri terlebih dahulu agar motosikal dapat berhenti dengan sempurna. Jika tidak, kita akan merasakan kuasa tork yang kuat bagaikan 'menolak' skuter ini ke hadapan dengan kuat.

Vario 150 kini sudah boleh didapati di semua pengedar sah BSH pada harga asas RM7,199 (model standard) dan RM7,399 untuk edisi Repsol. Dengan setiap pembelian jentera skuter ini, para pelanggan layak menerima jaminan kilang selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.