Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Julai 2017

Ace 125 Cafe Racer Dari Sky Team

Sky Team (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan mempunyai kepakaran mengenai motosikal mini serta model jalanan biasa. Syarikat yang berpengkalan di Pulau Pinang ini juga telah pun memasarkan dua buah produknya iaitu Lady 110 dan PBR 125. Pada awal Mei lalu, Sky Team (M) Sdn Bhd telah melancarkan sebuah lagi model baru iaitu Ace 125, sebuah jentera klasik moden dengan gaya cafe racer.

Model yang diperkenalkan ini cukup menarik sekali dan disasarkan untuk para peminat jentera retro dan klasik yang mahukan sebuah mesin yang santai, klasik dan berprestasi tinggi. Ace 125 didatangkan dengan enjin 125cc, empat lejang yang menawarkan kuasa maksimum 11bhp pada 8,500rpm dan tork 8.5Nm pada 7,500rpm. Jentera ini juga menjanji penjimatan bahan api dengan kadar penggunaan sekitar 2.1 liter untuk 100 kilometer. Model baru ini juga telah menerima kelulusan EEC (Energy Efficient Vehicle) daripada pihak JPJ.

Dari kiri: En. Mohd Niza Mohd Zin, En. Zi. C. Tan, Datuk Sri Arifudin, En. Wu Yi dan En. Sunny Fong melancarkan model terbaru Ace 125 Cafe Racer.
Dari kiri: En. Mohd Niza Mohd Zin, En. Zi. C. Tan, Datuk Sri Arifudin, En. Wu Yi dan En. Sunny Fong melancarkan model terbaru Ace 125 Cafe Racer.

“Sememangnya segmen cafe racer ini mempunyai ramai peminat dan kami ingin memberitahu para penunggang motosikal di seluruh negara bahawa mereka boleh memilikinya dengan Ace 125 ini. Kami mempunyai lebih daripada 100 pengedar di seluruh negara dan untuk model ini, kami menyasarkan penjualan sebanyak 400 unit pada tahun ini,” kata En. Sunny Fong, Pengurus Bahagian Perniagaan dan Pemasaran Sky Team (M) Sdn Bhd di majlis pelancarannya.

Untuk membuktikan kelincahan dan kemampuan model baru ini, sesi tunggang uji telah diadakan di litar Plus Elite Speedway yang disertai oleh para wakil media. Walaupun model ini bukanlah sebuah jentera kegunaan litar tetapi kemampuannya untuk meratah setiap selekoh di litar ini adalah suatu yang mengagumkan. Turut berada di litar pada hari itu ialah seorang pengembara motosikal dari U.K, Mike Unwin yang cukup berpuas hati dengan prestasi Ace 125.

“Ya... ia bukanlah sebuah motosikal yang sesuai untuk tunggangan litar tetapi prestasinya cukup mengagumkan. Saya suka pada kuasanya cuma bahagian saspensi perlu dipertingkatkan kerana agak membuai ketika berada di selekoh dalam kelajuan tinggi. Apa pun, model ini amat sesuai untuk mereka yang ingin menunggangnya di kawasan urban dan pada harga yang ditawarkan, ia amat berbaloi sekali,” kata Mike.

Model Ace 125 ini boleh dimiliki pada harga atas jalan RM7,366.78 (termasuk GST) dengan waranti kilang selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana terdahulu). Ace 125 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Ace Silver, Matte Grey dan Racer Blue. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.