Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Julai 2017

Lapan Model Baru DEMAK Untuk Pasaran

DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, pengeluar dan pemasang motosikal Demak telah melancarkan lapan model baru dalam barisan keluarga Demak untuk tahun ini. Majlis penuh bermakna tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil ditemani oleh Pengerusi DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Dato' Sri Feona Wan Junaidi dan Pengarah Eksekutif DNC Asiatic, Ms. Hu Ying.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (atas motor) melancarkan model-model baru Demak.

Model-model terkini yang dipasang di kilang DNC, Olak Lempit ini terdiri daripada pelbagai varian motosikal seperti Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, Kobra110, Ezio100 dan Xplor 150. Dua lagi model iaitu DJ-90 dan D7 150 merupakan model sedia ada yang telah dipertingkatkan.

Pengarah Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd.,Hu Yin berkata, lapan model motosikal baru tersebut akan mula memasuki pasaran tempatan dalam jangka masa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Demak di seluruh negara. Beliau turut menambah bahawa, kesemua model tersebut dipasang di Malaysia dan merupakan model yang belum pernah dipasarkan sebelum ini.

Berikut adalah harga bagi model-model Demak yang dilancarkan: Explore 150 RM4,939.60, Sprinter 125 RM5,469.60, DJ 90 CC RM3,190.60, Xplor RM4,515.60, Ezio 100 RM3,349.60, Kobra RM3,349.60 dan Ace200 RM5,575.60 (kesemua harga tersebut termasuk cukai GST 6%).

Turut dilancarkan di majlis yang sama ialah tiga buah kenderaan komersial iaitu 4 Runner yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja berat dan sektor perladangan, Eco 3 (jentera dengan penggunaan petrol dan elektrik) dan E-Trois. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.