Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 15 Mei 2017

Suzuki Menyinari Pasaran Motosikal V-Strom 650, 650XT ABS & GSX-S750 ABS

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd kembali menyinari pasaran motosikal berkuasa tinggi negara dengan menawarkan bukan satu tetapi tiga model baru iaitu Suzuki V-Strom 650 ABS, V-Strom 650XT ABS dan Suzuki GSX-S750 ABS. Model baru ini semestinya akan memenuhi permintaan para penunggang yang sentiasa inginkan sebuah jentera yang mantap, cantik dan berprestasti tinggi.

V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS merupakan sebuah jentera pengembaraan yang cukup popular di seluruh dunia. Ia diminati ramai kerana menawarkan posisi menunggang yang selesa serta hamburan kuasa luas dan lancar. Model-model ini dilengkapkan dengan enjin 645cc, DOHC V-kembar yang disempurnakan oleh sistem suntikan bahan api yang telah terbukti keberkesanannya. Teknologi Dwi Percikan Suzuki menggunakan dua unit palam pencucuh di setiap silinder untuk memberikan penyelaan lebih tepat. Dengan ini kadar penggunaan bahan api pastinya lebih lancar, sempurna dan lebih jimat.

Demi memastikan penunggangnya dapat menunggang dengan keyakinan dan selamat, V-Strom 650 ABS dan V-Strom 650XT ABS ini didatangkan dengan brek cakera berkembar 310mm di bahagian hadapan dan cakera tunggal 260mm di belakang. Model baru Suzuki V-Strom 650 ABS ditawarkan pada harga jualan asas RM44,900 (tidak termasuk GST) manakala model XT pula berharga RM46,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Kuning, Putih dan Hitam.

Bagi mereka yang tinggal atau bertugas di metropolitan, jentera jalanan atau naked pastinya menjadi pilihan utama. Ia ringan, lincah dan mudah dikendalikan. Sejajar dengan permintaan ini, Suzuki tampil dengan model terbarunya GSX-S750 ABS yang mempunyai rekabentuk mantap dan aerodinamik. Enjin model jalanan ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 84kW dan untuk tunggangan lebih meyakinkan, model ini juga dilengkapkan dengan sistem traction control (TC) tiga tahap yang cukup mengagumkan.

TC1 menawarkan kadar cengkaman yang rendah (low) yang sesuai untuk tunggangan pantas di permukaan jalan yang baik. TC2 boleh dipilih untuk tunggangan di dalam bandar dengan keadaan jalanan biasa manakala TC3 pula memberikan cengkaman yang tinggi untuk tunggangan di dalam cuaca hujan dan di permukaan jalan yang licin. GSX-S750 ABS menggunakan brek-brek cakera jenis berkelopak dan seperti model V-Strom, ia juga dilengkapkan dengan sistem ABS.

Model jalanan ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Merah dan Biru pada harga asas RM50,900 (tidak termasuk GST). Dengan perlantikan sebanyak 15 pengedar rasmi, pihak Suzuki amat yakin jentera-jentera ini akan mendapat maklum balas yang positif seterusnya jumlah jualan yang memberangsangkan.

Untuk mencari pengedar terdekat dengan anda atau maklumat lanjut, sila hubungi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd di talian 04-3977 378 untuk Divisi Jualan & Pemasaran atau layari laman web, www.suzuki.com.my. Bagi mereka yang ingin kostum motosikal mengikut selera dan gaya tersendiri, Suzuki telah menyediakan pilihan aksesori luas untuk tujuan itu. Berhubung perkara ini, sila hubungi Divisi Alat Ganti di 04-3977 091 untuk maklumat lanjut. RR

Isu Pada

Mei 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.