Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 8 Mac 2017

4 Model Terbaru Dari Kawasaki

Demi mengukuhkan kedudukan mereka di dalam segmen jentera berkuasa tinggi, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) telah melangkah masuk ke tahun 2017 dengan memperkenalkan empat model terbaru yang pastinya menarik perhatian seluruh komuniti motosikal di tanahair. Ucapkan 'Selamat Datang' kepada Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys X 250.

“Kawasaki Motorcycle and Engine Company adalah sebahagian daripada Kawasaki Heavy Industries Groups dan misi kami ialah Kawasaki, Working As One For The Good Of The Planet dan menerusi polisi ini, kami telah membangunkan produk yang kuat dan kompetitif di pasaran berasaskan tiga kunci utama iaitu Fun To Ride, Ease Of Riding & Environment. Kami yakin model-model baru untuk tahun 2017 yang dilancarkan pada petang ini memiliki tiga konsep mantap ini,” kata Timbalan Presiden Motorcycle & Engine Company, Kawasaki Heavy Industries Ltd. Japan, En. Takeshi Asano.

Para VIP melancarkan empat model terbaru Kawasaki iaitu Z900 ABS, Z 650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys X 250.
Para VIP melancarkan empat model terbaru Kawasaki iaitu Z900 ABS, Z 650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys X 250.
Z900 ABS
Z900 ABS

Z900 ABS merupakan ahli terbaru dalam keluarga Z yang ikonik. Kemantapan model ini hadir menerusi gabungan gaya agresif supernaked dan rekabentuk Sugomi yang garang dan anggun. Bahagian hadapan Z900 agak rendah, mencerminkan sifat garang dan agresifnya. Untuk keselesaan dan kemudahan penunggang ketika menunggang di lebuhraya mahu pun di jalan berselekoh, bar hendal model ini dibuat dengan lebar, rata dan kerangka jenis trellis serba baru.

Z900 ABS didatangkan dengan enjin 948cc, empat silinder yang menawarkan kuasa setinggi 92.2kW pada 9,500rpm dan tork 98.6Nm pada 7,700rpm. Untuk diseimbangkan dengan kuasa enjinnya, Z900 dilengkapi dengan sistem brek hadapan 300mm jenis berkelopak, belakang 250mm jenis berkelopak dan sistem keselamatan ABS. Dengan kemantapan 'pakej' ini, Z900 akan berada di setiap jalanraya dengan pantas dan selamat. Z900 ini ditawarkan pada harga di bawah RM58,000 (termasuk GST) dengan warna kelabu dan biru (edisi khas).

Z650 ABS
Z650 ABS

Z650 ABS: Bagi mereka yang inginkan kelincahan sebuah model jalanan yang berkuasa sederhana, Z ini adalah pilihan yang bijak. Kekuatan enjin 649cc yang berkuasa 50.2kW pada 8,000rpm dan tork 65.7Nm pada 6,500rpm ‘dipeluk' dengan kemas oleh kerangka keluli jenis trellis. Model ini juga ringan dan menawarkan pengendalian yang mudah dan menjadikannya pilihan buat mereka yang baru ingin mengenali dunia motosikal berkuasa tinggi.

Model ini menggabungkan elemen Sugomi dengan pakej tirus menjadikannya sangat menarik. Z650 ini kelihatan seolah-olah seperti seekor harimau kumbang yang sedang bersedia untuk menyerang mangsanya. Seperti model Ninja 650 ABS, Z ini didatangkan dengan brek cakera di depan dan belakang bersaiz 300mm dan 220mm dengan sistem ABS. Z 650 ABS boleh dimiliki dalam dua warna berbeza iaitu Hijau dan Titanium dengan harga di bawah RM37,000 (termasuk GST).

Ninja 650 ABS
Ninja 650 ABS

Ninja 650 ABS: Hebat dan bergaya! Dua perkataan paling sesuai untuk model ini. Bahagian hadapannya mengingatkan kita dengan model juara, ZX-10R yang aerodinamik, moden dan garang sekali. Dengan rekabentuk sporty, pemilik Ninja ini dapat memecut dengan pantas dan yakin serta mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya apabila menunggang di dalam bandar. Untuk membolehkan semua penunggang menikmati Ninja ini, ia didatangkan dengan pelana yang hanya setinggi 790mm, bar hendal yang sedikit ke hadapan dan posisi tempat pemijak yang selesa.

Ninja 650 ABS didatangkan dengan enjin 649cc, DOHC, sistem penyejuk cecair, lapan injap yang menawarkan kuasa setinggi 50.2 kW pada 8,000rpm dan tork 66.7Nm pada 6,500rpm. Ia juga telah disempurnakan dengan unit ABS Bosch 9.1M pada brek hadapan jenis berkelopak 300mm, brek belakang 220mm dan sistem slipper clutch. Ninja 650 ABS ditawarkan dalam dua warna berbeza iaitu Hijau dan Jingga pada harga sementara di bawah RM38,000 (termasuk GST).

Versys X 250
Versys X 250

Versys X 250: Yang ditunggu-tunggu... yang diperbualkan saban hari... kini telah tiba. Sebuah model pengembaraan 250cc untuk anda….Versys X250! Sememangnya saiz model ini cukup mengagumkan. Ia agak tinggi, besar dan tegap sekali. Rekabentuknya yang lasak, fork hadapan panjang, posisi menunggang yang ideal lengkap dengan ciri-ciri jentera dual purpose membolehkannya ditunggang di jalanan biasa mahu pun di kawasan luar bandar.

Untuk memudahkan penunggangnya mengembara hampir ke mana sahaja, Kawasaki telah melengkapkan model ini dengan tangki sebesar 17 liter, panel meter yang jelas dan pengadang udara yang sesuai. Versys X 250 ini berharga di bawah RM25,000 (termasuk GST) dengan satu pilihan warna iaitu Hijau. RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.