Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Januari 2019

ADIVA Skuter Tiga Roda Terkini Di Malaysia

Adiva Distribution (M) Sdn Bhd selaku pengedar rasmi skuter tiga roda di Malaysia telah melancarkan model terbaru AD3 400 yang menawarkan pengalaman menunggang yang cukup menarik. Skuter tiga roda yang berbumbung ini memiliki rekabentuk luaran yangbergaya, agresif dan cukup moden. Majlis pelancaran model baru ini telah disempurnakan oleh YB Sr. Tan Kok Yew, Exco Industri Pelaburan Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah ditemani oleh Pengerusi Adiva Distribution (M ) Sdn Bhd. YAM Dato’ Seri Syed Badlishah Bin Syed Putra Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Chia Beng Tat di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Model baru ini menggunakan enjin empat lejang, silinder tunggal, 399cc yang menawarkan kuasa maksimum 27.4kW pada 7,250rpm dan tork 38.1Nm pada 5,500rpm. Adiva juga dipadankan dengan lampu utama jenis halogen, lampu belakang LED, meter paparan digital/analog dan sistem brek yang cukup mantap. Untuk kestabilan tinggi, Adiva menggunakan sepasang tayar hadapan bersaiz 130/60-13 dan tayar belakang 140/70-14.

Dengan posisi menunggang (penunggang dan pembonceng) yang cukup selesa, skuter ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan pengembaraan jauh. Menerusi Independent Quattro-Wishbone Suspension, AD3 400 memiliki pengendalian dan tahap kestabilan yang tinggi terutamanya apabila menyusuri jalan-jalan berliku serta berbonggol.

Ruang simpanan barang bersaiz 90 liter cukup luas untuk memuatkan dua buah topi keledar, pakaian menunggang dan beg. AD3 400 dijangka akan diedarkan ke pasaran negara secara berperingkat-peringkat. Ditawarkan pada harga RM38,800 untuk model standard dan penambahan RM1,650 untuk model sport rim.

Majlis pada hari itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para pengedar dari seluruh negara yang kemudiannya dihiburkan dengan aksi lasak/stunt oleh penunggang dari Jepun, Hiroyuki Ogawa yang cukup popular di negara-negara Eropah dan USA. Aksi aksi beliau bersama Adiva 400cc sememangnya amat mengagumkan. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.