Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 3 Februari 2017

Spirit Motorcycles Dilancarkan Di UK

Ia merupakan minggu yang sama Norton menarik perhatian dunia motosikal dengan pelancaran sebuah jentera 1200cc V4 di NEC Show yang diadakan di Birmingham. Kira-kira 240 kilometer ke arah selatan dari bandaraya London, satu lagi nama baru iaitu Spirit Motorcycles telah muncul ke pasaran dengan melakukan pelancaran media berskala kecil yang disiarkan secara langsung di saluran YouTube.

Model ini berkuasa 750cc, tiga silinder, kualiti pembuatan cemerlang, komponen yang berkualiti dan sistem elektronik yang canggih. Spirit Motorcycles merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal hasil gabungan dua syarikat British yang mulanya nampak seperti mustahil untuk berlaku iaitu Spirit of the Seventies dan T3 Racing.

Spirit of the Seventies (www.spiritoftheseventies.com) merupakan pakar dalam pembinaan casis dan motosikal manakala T3 Racing (www.t3racing.com) pula adalah syarikat penalaan prestasi enjin jentera Triumph dan kini bertanggung jawab untuk menghasilkan enjin tiga silinder. Bos T3, Tony Scott mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kilang Triumph dan merupakan orang penting dalam siri perlumbaan satu jenama di Triumph Triple Challenge selama lapan tahun yang melibatkan kira-kira 200 orang pelumba.

Bertempat di Brands Hatch, T3 Racing merupakan pengedar rasmi untuk Triumph O/E dan alat ganti perlumbaan. Syarikat ini juga mengendalikan pasukan Triumph Supersport dan Superstock yang telah berjaya meraih kejuaraan British Championship sebanyak tiga kali berturut-turut dalam empat tahun tanpa sekali pun gagal untuk menamatkan perlumbaan, DNF.

Sejak dua tahun lalu, Spirit telah membangunkan sebuah jentera yang digelar oleh Scott sebagai “sebuah jentera Moto2 untuk jalanan biasa”. Kini jentera-jentera hebat itu sudah bersedia untuk dimiliki. Terdapat empat varian asas yang dihasilkan untuk menjadi pilihan iaitu model penuh fairing GP Sport dan GP Sport R, manakala model naked pula dinamakan GP Street dan GP Street R.

Untuk versi-R, jentera-jentera ini dilengkapkan dengan enjin yang lebih berkuasa dan pakej elektronik yang lebih sempurna tetapi versi-R ini hanya terdapat 50 unit sahaja untuk model berfairing dan naked.

Untuk membuktikan potensi model Sports, Scott menyatakan Spirit telah mendapat kebenaran untuk beraksi dalam siri perlumbaan British Supersport 2017 (BSB) dan perkara ini telah disahkan oleh Pengarah BSB, Stuart Higgs yang turut hadir di majlis pelancaran model ini.

Keempat-empat model ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder, sistem penyejuk cecair, 12 injap yang diperolehi daripada jentera Triumph 675R. Ia turut mempunyai saiz gerek yang sama (76mm) tetapi lejangnya dipanjangkan sedikit daripada 49.6mm kepada 55mm untuk meningkatkan anjakan kepada 749cc. Nisbah mampatan juga ditinggikan daripada 13.1:1 untuk model 675R kepada 13.5:1 yang kini dimiliki oleh model Sprint dan 13.8:1 untuk versi R.

Dengan perubahan yang dilakukan ini, kuasanya juga telah meningkat daripada 126bhp pada 11,900rpm (Triumph 675R) kepada 156bhp pada 14,200rpm untuk siri Sprint produksi dan 180bhp pada putaran yang sama untuk model-model R. Tiada pengiraan untuk tahap tork dikongsikan tetapi pastinya ia juga semakin meningkat.

Spirit menegaskan mereka telah mengubahsuai enjin Triumph dengan luas dan hanya kotak engkol sahaja yang dikekalkan tetapi sesetengah pengulas telah membuat spekulasi bahawa ia sememangnya berbeza dengan model 675R. Namun begitu, model ini nampak lebih mirip dengan model generasi terbaru Triumph Speed Triple yang belum lagi dilancarkan tetapi diyakini ia berkuasa 750-800cc. Ini bermakna, Tony Scott sedang membekalkan jentera Sprintnya dengan komponen-komponen yang diambil daripada Triumph generasi baru.

Sistem pengurusan enjin yang disediakan pada versi R telah diprogram sepenuhnya oleh MoTeC M130 ECU dengan beberapa mod tunggangan berbeza untuk tunggangan di jalan raya dan di litar. Sistem traction control model ini boleh dilaras, turut memiliki sistem anti-wheelie dan slipper clutch. Kesemua parameter ini boleh ditala menerusi komputer riba dan telefon pintar 4G. Sistem ekzos titanium 3 dalam 1 dibuat untuk tahan panas, cukup ringan dan dibangunkan oleh T3 Racing.

Keempat-empat model ini menggunakan casis yang sama dan diperkemaskan dengan kerangka trellis, saspensi boleh laras K-Tech di hadapan dan belakang, brek-brek cakera yang mantap dan lengan ayun aluminium buatan tangan yang mempunyai spesifikasi sama dengan MotoGP.

GP Sport-R dikatakan hanya seberat 140kg (dengan minyak/air, tanpa petrol) dengan tangki sebesar 15 liter manakala model GP Street-R hanya seberat 145kg. Bagi model biasa GP Sport dan Naked GP Street dikatakan mempunyai berat basah sekitar 150kg.

Harga untuk jentera berspesifikasi tinggi juga cukup tinggi. GP Sport dan GP Street dijual pada harga GBP44,999 (termasuk cukai 24%), GP-Sport R berharga GBP64,999 dan GP Street-R dijual pada harga GBP69,999. Kesemuanya turut layak mendapat waranti selama tujuh tahun. Apa yang agak pelik ialah... harga untuk jentera naked lebih tinggi? Spirit turut memberitahu bahawa produksi akan bermula pada awal tahun 2017 dan bakal menghantar jentera pertama pada bulan Mac.

“Kami cukup bertuah kerana dapat melancarkan model ini. Kedua-dua model GP Street dan GP Sport dibuat menggunakan teknik yang sangat-sangat tinggi. Spirit Motorcycle telah mencipta 'jambatan' untuk menjalinkan hubungan di antara dunia custom dengan sebuah jentera yang berprestasi tinggi,” kata Scott.

Jika ingin mendapatkan lebih banyak maklumat, sila layari www.spirit-mc.uk atau ke laman facebook di www.facebook.com/spiritmotorcycleslimited. RR

Oleh: Alan Cathcart

Isu Pada

Februari 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.