Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 3 Mei 2018

SYM Lancarkan Tiga Model Serba Baru

Sejak 10 tahun yang lalu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd sentiasa menawarkan produk-produk hebat buat para pencinta motosikal di Malaysia. Dengan usaha yang gigih dan cinta yang mendalam pada dunia dua roda, syarikat ini telah meraih kepercayaan daripada para penunggang motosikal.

Terbaru, MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan tiga buah model terkini iaitu SYM CRUiSYM 250i, SYM Jet 14 dan model moped bersesaran paling besar iaitu SYM VF3i yang juga digelar Super Moped. Pengenalan kepada ketigatiga model ini telah disempurakan oleh Pengaran Urusan MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Dato’ Seri Leo Tan Lean Heah serta para VIP lain.

Dato’ Seri Leo Tan (keenam dari kanan) dan para VIP melancarkan moped terbaru SYM VF3i.

Sudah pasti kehadirannya turut menjadikan pasaran motosikal di Malaysia semakin kompetitif dengan pelbagai model dan varian yang memberi lebih pilihan. SYM VF3i adalah model kapcai bersesaran 185cc yang menawarkan kuasa maksimum 17.7hp pada 8,500rpm, tork setinggi 15.3Nm pada 7,500rpm dan mematuhi piawaian Euro3. Ia dikemaskan dengan rekabentuk hadapan menarik yang lengkap dengan lampu Day Running Light (DRL), brek-brek cakera bersaiz 250mm (depan) dan 240mm untuk bahagian belakang.

Untuk memperolehi lebih mileage dan prestasi unggul di jalan raya, VF3i disempurnakan dengan sistem suntikan bahan api terkini serta tangki minyak sebesar tujuh liter. Pihak SYM SYM VF3i Dato’ Seri Leo Tan. Dato’ Seri Leo Tan (keempat dari kanan) dan para VIP melancarkan moped terbaru SYM VF3i. menegaskan kelajuan maksimum yang berjaya dicapai oleh VF3i ialah sekitar 155km/j. SYM baru ini boleh dimiliki pada tiga warna menarik iaitu Merah, Biru dan Hitam (Special Edition) pada harga RM7,988 dan RM8,288 untuk model SE. Harga-harga tersebut tidak termasuk GST dan bayaran lain.

SYM VF3i
SYM VF3i

SYM CRUiSYM 250i pula merupakan kesinambungan skuter-skuter maksi jenama ini. Ia menawarkan rekabentuk canggih, sporty, penuh dengan ciri-ciri pengembaraan dan pastinya tampak elegan. Rekabentuk hadapan yang dibuat dengan konsep futuristik dan unik adalah kekuatan utamanya. Ia dikemaskan dengan lampu-lampu LED dan cermin pengadang udara yang tinggi dan besar. Posisi menunggang selesa manakala ruang kaki juga cukup luas dan ini adalah usaha SYM dalam mempertingkatkan tahap keselesaan pada setiap jentera automatiknya.

SYM Cruisym 250i
SYM Cruisym 250i
SYM Cruisym 250i
SYM Cruisym 250i

SYM CRUiSYM 250i ini ditawarkan pada harga RM18,888 (std) dan RM19,188 (SE) dengan warna pilihan seperti Merah untuk model standard manakala warna Hitam dan Putih untuk model SE.

Sesuai dengan gaya hidup moden di tengah-tengah kota, SYM hadir untuk memberi sebuah jentera automatik yang lincah, bergaya dan mudah ditunggang. SYM Jet 14 merupakan model skuter bersesaran 125cc yang memiliki kuasa maksimum 10hp pada 8,500rpm dan tork 9.2Nm pada 7,000rpm.

SYM Jet 14
SYM Jet 14

Model yang menepati piawaian Euro4 ini turut didatangkan dengan lampulampu LED, panel meter serba canggih, ruang penyimpanan lebih luas dengan tangki bahan api sebesar 7.1 liter. SYM Jet 14 akan mula berada di pasaran pada Mei nanti dengan harga asas RM6,688 (tidak termasuk GST dan bayaran lain). Terdapat tiga warna pilihan iaitu Merah, Hitam dan Putih. RR

Isu Pada

Mei 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.