Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Januari 2019

Generasi Terkini MALAGUTI

Awal November lalu, dunia motosikal dikejutkan dengan berita pembelian jenama dari Itali, Malaguti oleh KSR Group yang berpengkalan di Austria. KSR Group tidak membuang masa dengan terus melancarkan barisan jentera jentera baru Malaguti yang bakal berada di pasaran pada tahun 2019. KSR Group merupakan sebuah syarikat keluarga yang membangunkan, mengedar pelbagai jenis produk dari kenderaan hingga ke barangan kegunaan elektrik ke pasaran antarabangsa.

XSM125
XSM125

Dengan lebih daripada 100 orang kakitangan dan lima buah rakan kongsi di Eropah serta lima lagi negara di Asia, produk KSR Group kini dieksport ke lebih daripada 60 buah negara.

MADISON300
MADISON300

MADISON 300 merupakan sebuah skuter maksi yang menawarkan rekabentuk yang tegap dan cukup mewah. Skuter ini dilengkapkan dengan enjin satu silinder, bersesaran 278cc yang memiliki hantaran kuasa setinggi 16kW pada 7,250rpm. Cermin sisinya yang lebar dan boleh laras sememangnya sesuai untuk semua jenis tunggangan tidak kira di bandar mahupun di lebuhraya. Untuk tunggangan lebih meyakinkan, skuter ini dilengkapi dengan sistem brek cakera beserta ABS. Terdapat dua pilihan warna untuk Madison 300 iaitu merah dan hitam.

DUNE125
DUNE125

Bagi pencinta jentera pengembaraan dan perlumbaan, DUNE125 dan RST125 pastinya menarik perhatian. Jentera ini menggunakan enjin satu silinder yang bersesaran 125cc dan model ini cukup sesuai buat pemegang lesen Novice A1 di Eropah. Kedua-dua model ini menggunakan sistem brek jenis cakera dan dikatakan mempunyai purata penggunaan bahan api sekitar 3.3 liter untuk setiap 100 kilometer. Selain rekabentuk luarannya, perbezaan paling ketara ialah pada berat jentera (Dune125: 130kg, RST125: 140kg).

MONTE PRO125
MONTE PRO125

MONTE PRO125 (jentera jalanan) serta dua buah mesin lasak iaitu XTM125 dan XSM125 yang dijangka menemui para pelanggan bermula Februari 2019. Ketiga-tiga model ini masih menggunakan enjin satu silinder, 125cc dengan kuasa maksimum 11kW pada 10,750rpm. XSM125 dilengkapi dengan tayar biasa manakala XTM125 dengan tayar offroad dan kedua dua model ini menggunakan rim jenis berjejari yang lebih sesuai di semua jenis perjalanan termasuk laluan-laluan sukar. Rekabentuk brek untuk model XSM125 dan XTM sememangnya berbeza dan ini berdasarkan ciri-ciri kegunaannya.

Bagi para peminat motosikal, kemunculan semula jentera Malaguti ke pasaran dunia adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan berharap jenama ini akan kembali mekar di bawah naungan dan penjagaan syarikat serba baru. RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.