Honda EX5 Fi Dengan Imej Terbaru
Untuk terus menambat hati para penunggang motosikal di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan Honda EX5 Dream Edisi Terhad. Model istimewa ini dikemaskan dengan warna Metal Chrome yang pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
EX5 Dream Fi Edisi Terhad ini turut dilengkapi dengan tayar tanpa tiub, logo emblem baru yang disalut kromium, penutup lampu utama dan bar pemegang belakang jenis krom. Model EX5 sudah dikenali sejak 29 tahun yang lalu dengan jumlah penjualan sebanyak 2 juta unit sejak dilancarkan. Dengan pengenalan model terhad ini, pihak BSH percaya ia akan mendapat sambutan daripada para pencinta EX5.
Harga bilik pameran untuk EX5 Dream Fi Edisi Terhad ini ialah RM4,874.94 (termasuk GST) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau di laman facebook: www.facebook.com/HondaMotorycleMalaysiaBoonSiewHonda. RR
Popular