Benelli TnT Garang & Menawan!
Benelli Malaysia telah mem-perkenalkan model terbaru TnT135 pada awal Disember lalu. Model ini diperkenalkan dengan rekabentuk terkini yang segar dan mantap sekali. Enjin TnT135 dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api elektronik SOHV 4 injap yang menjanjikan daya pecutan lebih optimum untuk tunggangan sporty dan juga memiliki status pensijilan penuh kenderaan cekap tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Lampu hadapan dan belakang jenis LED dan semestinya pandangan sisinya diserlahkan dengan rekaan sistem ekzos berkembar. Untuk cengkaman lebih bijak dalam semua jenis keadaan dan jalan raya, Benelli ini disempurnakan dengan sistem brek jenis cakera untuk bahagian hadapan dan belakang.
Dengan pengenalan model ini, Benelli Malaysia menyasarkan penjualan sebanyak 200 unit setiap bulan. Lebih mengujakan, 200 pembeli terawal turut membawa pulang topi keledar GIVI M60.0 Skid Offroad yang berharga RM371.
“Sememangnya TnT135 ini bukan sahaja direka untuk para remaja yang inginkan keseronokan tetapi juga amat sesuai untuk kegunaan harian atau pun berulang alik ke tempat kerja. Ini disebabkan posisi menunggangnya yang selesa dan hamburan kuasa yang tidak mengecewakan,” kata Pegawai Pemasaran Benelli, Dante Richard Bustos.
TnT135 didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Merah, Putih dan boleh dimiliki pada harga RM7,990 (tidak termasuk GST). RR
Popular