Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 2 Januari 2017

Honda BeAT 110 Skuter Menawan Terbaru

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah melancarkan sebuah jentera automatik terbaru yang bernama BeAT, menawarkan tunggangan yang mantap dan menyeronokkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 November lepas. Dengan penyasaran untuk penunggang muda, BeAT bukan hanya hadir dengan rekabentuk baru tetapi juga dilengkapkan dengan ciri-ciri hebat untuk tunggangan lebih bermakna.

En. Nobuhide Nagata melepaskan sesi tunggang uji bersama para wartawan.
En. Nobuhide Nagata melepaskan sesi tunggang uji bersama para wartawan.

Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En Nobuhide Nagata menegaskan bahawa BeAT ini amat berbeza jika dibandingkan dengan jentera automatik lain. Ia dihasil berinspirasikan Active Lifestyle Device yang sudah tentu bukan hanya sekadar alat pengangkutan sahaja. Model ini lebih kompak, ramping, dinamik dan selesa untuk ditunggang oleh sesiapa sahaja.

Ciri-ciri paling menonjol yang dilengkapkan pada BeAT ialah Combi Brake System (CBS), enjin eSP 110cc baru, Smart Lock System dan teknologi suntikan bahan api PGM-Fi yang terbukti efisien. Dengan ciri-ciri istimewa ini, BSH menyasarkan penjualan tahunan untuk model ini sebanyak 12,500 unit.

Di majlis pelancaran tersebut, pihak BSH turut menganjurkan beberapa aktiviti menarik buat mahasiswa dan mahasiswi di UKM seperti sesi tunggang uji jentera BeAT, tarian berkumpulan, permainan video dan pertandingan permainan susun atur Jenga untuk memeriahkan suasana.

BeAT ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan untuk peminat wanita iaitu Angel Pink. Ia dijual pada harga RM5,565 (termasuk GST) dengan tawaran waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.