Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 29 April 2018

Triumph Lancar Rangkaian Tiger 800, Bonneville Speedmaster & Bobber Black

Triumph Malaysia memperluaskan rangkaian model-modelnya di pasaran negara dengan memperkenalkan lapan model terbaru Bonneville Bobber Black, Bonneville Speedmaster serta rangkaian Tiger 800. Sesi pengenalan model-model baru tersebut telah diadakan di Bukit Tinggi, Pahang yang dihadiri oleh para tetamu dari kelab Triumph yang dikenali sebagai RatPack dan pihak media.

Bonneville Bobber Black dihasil berasaskan model Bonneville Bobber yang merupakan jentera Triumph paling laris di dunia. Enjinnya bersesaran 1200cc, menawarkan kuasa maksimum 76bhp pada 6,100rpm dan tork 106Nm pada 4,000rpm. Model ini menampilkan rim hadapan 16 inci jenis tebal atau 'fat' berbanding rim 19 inci pada Bobber biasa. Ia juga didatangkan dengan fork hadapan Showa 47mm (lebih tebal berbanding Bobber – 41mm), lampu LED yang lengkap dengan DRL (day time running) dan sistem cruise control.

Dato' Razak Al-Malique dan En. Dan Sweeney (ketiga & keempat dari kiri) melancarkan model-model terbaru Triumph.

Bonneville Bobber Black
Bonneville Bobber Black

Bonneville Speedmaster pula membawa kesinambungan DNA Bonneville gaya Bobber yang kini lebih praktikal dan versatil. Ia cukup sesuai untuk para penunggang motosikal yag inginkan sentuhan klasik yang memiliki kecepatan dan hantaran kuasa yang mantap. Posisi tempat pemijaknya direka sedikit ke hadapan, rim berjejari 16 inci dan tangki bahan api lebih besar (12 liter) yang pastinya cukup sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Harga untuk Triumph Bobber Black dan Speedmaster dari harga RM79,900 (termasuk GST dengan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun).

Tiger 800 XCx merupakan model pilihan buat mereka yang inginkan cabaran menunggang di laluan-laluan sukar manakala Tiger 800 XRx pula merupakan model yang tertumpu pada jalanan biasa. Kedua-dua model ini juga menampilkan 200 penambahbaikkan pada casis dan enjin yang memastikan jentera tiga silinder ini lebih berkuasa, lancar dan lebih responsif. Untuk cengkaman di laluan offroad lebih baik, nisbah gearnya kini lebih pendek.

Tiger 800 XCx dan XRx dilengkapkan dengan panel meter digital TFT, lampu-lampu LED, sistem cruise control terkini, cermin pengadang udara boleh laras (5 tahap), brek Brembo, sistem saspensi berkonfigurasi baru dan casis yang diperkuatkan. Sistem elektronik yang dimiliki oleh model ini pula terdiri daripada sistem ABS, traction control, ride-by-wire, cruise control, pemanas pelana dan pendikit, soket kuasa serta dua ketinggian pelana iaitu 810-830mm untuk model XRx dan 840-860mm untuk model XCx.

Keseluruhan rangkaian Triumph Tiger 800: Tiger 800 XR, XRx, XRx Low, XRT, XCx dan XCa dijual pada harga dari RM56,900 hingga RM81,900 (termasuk GST dengan waranti perbatuan tanpa had selama dua tahun). Model Tiger 800XR yang berharga RM56,900 hanya ditawarkan dalam tempoh promosi selama enam bulan sahaja bermula 3hb Mac 2018. Harga bukan promosi ialah RM59,900.

Triumph Malaysia turut memberi peluang kepada para wakil media menguji dan merasai model-model baru ini di laluan berselekoh sekitar Bukit Tinggi. Walaupun tidak lama, ia dapat memberi gambaran awal tentang kelancaran kuasa hantaran, pengendalian, sistem keselamatan dan posisi menunggang jentera jentera yang sempat diuji iaitu Triumph Bonneville Bobber Black, Tiger 800 XRx dan XCx. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.