Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 2 Februari 2016

KTM 1050 Adventure CKD Mampu Dimiliki

Model KTM 1050 Adventure CBU telah diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dengan menawarkan rekabentuk yang menawan dan prestasi enjin berkeupayaan tinggi. Model yang dilancarkan ketika itu ditawarkan pada harga asas RM77,888 dan kumpulan pertama yang sebanyak 30 unit jentera ini telah pun berjaya dijual.

Ms. Joey Chia, Pengurus Pemasaran dan Md Habibullah Md Salleh (Gabit) di atas motor bersama staf KTM Malaysia.

Antara faktor utama 1050 Adventure ini mendapat permintaan yang tinggi ialah kerana enjinnya yang lancar, casis jenis chromolynya (chromium-molybdenum) yang cukup ringan, sistem slipper clutch, kemantapan sistem brek dan keberkesanan sistem saspensinya. Untuk membuktikan ketahanan dan kelasakan jentera ini, para pemilik 1050 Adventure ini telah menganjurkan beberapa pengembaraan bermotosikal di Eropah dan di Asia dengan jarak perjalanan lebih daripada 10,000 kilometer.

Gabit menunjukkan aksi bersama KTM 1050 Adventure.
Gabit menunjukkan aksi bersama KTM 1050 Adventure.

Untuk terus berdaya saing dalam segmen dual purpose dalam pasaran tempatan, KTM Malaysia tampil dengan melancarkan model sama 1050 Adventure yang kini telah dipasang sepenuhnya di kilang mereka yang terletak di Jitra, Kedah. KTM 1050 Adventure CKD ini tidak ada sebarang perbezaan berbanding model import dahulu. Ia tetap menawarkan kuasa maksimum setinggi 95hp dan tork 107Nm. Dengan 'pakej' hebat ini, KTM Malaysia menyasarkan penjualan sebanyak 150 unit pada tahun ini.

Berbanding model CBU, 1050 Adventure baru ini dijual pada harga asas yang cukup menarik iaitu RM68,888 (tidak termasuk GST) dengan waranti kilang selama dua tahun tanpa had jarak perjalanan. RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.