Benelli TnT25 Untuk Penunggang Baru!
Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) selaku pemasang dan pengedar utama jentera Benelli dan Keeway di Malaysia telah melancarkan sebuah model terbaru, TnT25 pada pertengahan Januari lalu. Sebelum Malaysia, model jalanan ini telah pun diperkenalkan di pasaran Itali, India, Thailand, Indonesia dan beberapa negara lain.
“Benelli TnT25 ini merupakan model naked sport terbaru dari keluaran Benelli yang sebelum ini terkenal dengan model TnT300, TnT600, TnT899 dan TreK1190. Kemasukan model baru ini adalah untuk memberikan pilihan kepada pengguna sedia ada serta memberi kemudahan kepada para pencinta motosikal agar tidak perlu menaik taraf lesen menunggang B2 kepada B,” kata Wan Najib Wan Daud, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Komunikasi dan Hubungan Luar BKM.
Model ini diperkenalkan untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama untuk mengukuhkan kedudukan jenama Benelli khususnya di Malaysia. BKW tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk model ini. Namun begitu, pihaknya berharap kehadiran TnT25 mampu memecah dominasi pasaran 250cc yang kini dimiliki oleh jenama lain.
Benelli TnT25 didatangkan dengan enjin silinder tunggal yang menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi, fork hadapan jenis terbalik 41mm dan sistem brek cakera 280mm. Benelli TnT25 ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu merah dan hijau dengan harga menarik RM12,990 (tidak termasuk GST). Setiap pembelian akan menerima tempoh jaminan selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana terdahulu). Tempoh jaminan ini boleh dilanjutkan untuk tiga bulan tambahan dengan syarat, pemilik perlu mendaftar pembelian menerusi laman web BKW iaitu www.benelli.keeway.my RR
Popular