Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 2 Februari 2016

Honda Spacy Kini Lebih Menawan!

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal negara khususnya jentera-jentera automatik, Boon Siew Honda kini telah memperkenalkan Honda Spacy baru dengan rupabentuk lebih segar. Antara kelainan utama yang dapat dilihat menerusi rekabentuk luarannya yang lebih elegan dan kemas dengan ketiadaan sebarang stiker. Ruang fairing sisi kini dihiasi hanya dengan tulisan SPACY yang berwarna krom.

Untuk dipadankan dengan keanggunan rekabentuk luaran, lampunya kini telah dinaik taraf kepada jenis halogen yang menyerlahkan penampilan serta suluhan yang lebih terang. Spacy baru ini juga masih mewarisi ciri-ciri hebat model sebelumnya yang ternyata cukup praktikal untuk semua jenis penunggang. Kotak barangan bersaiz 18 liter yang mampu menyimpan sebuah topi keledar penuh muka. Demi memudahkan pemiliknya, Spacy mempunyai ruang menyimpan barang di hadapan yang boleh diisi dengan barangan bersaiz sederhana seperti botol air 500ml, sarung tangan, pengecas dan lain-lain.

Boon Siew Honda ternyata sentiasa mengutamakan tahap keselamatan yang tinggi pada setiap produk keluarannya. Spacy mempunyai tuas pengunci brek yang berfungsi untuk mencegah pergerakan jentera ini jika pendikit dipulas secara tidak sengaja. Model ini juga dilengkapkan dengan SideStand Switch yang akan mematikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan. Spesifikasi enjinnya tidak berubah, terus membekalkan kuasa cukup hebat disamping penggunaan bahan api yang optimum.

Edisi terbaru Honda Spacy ini ditawarkan pada harga asas RM4,999 dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Metaloid White, Pearl Magellan Black dan Euphoria Red Metallic. Dengan setiap pembelian, para pemilik berhak untuk menerima tempoh jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com atau hubungi terus talian bebas tol 1800-88-3993. RR

Isu Pada

Februari 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.