Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

Hanway Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran siri 'B', terdiri daripada rangkaian motosikal baru yang menggabungkan rekabentuk estetik vintaj dengan kejuruteraan kontemporari. Siri Boober atau 'B' yang diperkenalkan buat pertama kalinya ke pasaran negara bermula dengan model Heritage 400. Heritage direka untuk para pencinta motosikal yang ingin memiliki sebuah jentera gaya bobber serta memiliki ciri-ciri klasik dan kemewahan.
Model baru ini disempurnakan dengan enjin 401cc, silinder berkembar, sistem penyejuk cecair, DOHC yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 41.5hp pada 9,500rpm dan tork 34Nm pada 8,000rpm. Penggayaan klasik dapat dilihat menerusi ciptaan lampu hadapan (jenis LED), cermin sisi dan panel meter berbentuk bulat. Lampu belakang pula disepadukan bersama lampu isyarat.
Posisi menunggang selesa. Pelananya yang setinggi 690mm bolehkan jentera ini boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja dan dengan hanya 198kg, Heritage menawarkan pengendalian yang mudah untuk tunggangan di kawasan urban mahupun ketika menikmati pengembaraan di lebuhraya. Lebih menarik, Heritage boleh ditunggang secara solo mahupun bersama pembonceng kerana proses menanggalkan atau memasang semula pelana belakang cukup mudah.

Tayar hadapan bersaiz 130/90-16 manakala di belakang 150/80-16 yang dipadankan dengan sistem brek jenis cakera (300mm di depan/255mm di belakang) beserta sistem ABS. Model baru ini juga dilengkapi dengan penyerap hentak hadapan jenis teleskopik manakala di belakang menggunakan penyerap hentak berkembar jenis spring.
Hanway Heritage 400 ini ditawarkan pada harga RM22,800 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran) dengan dua pilihan warna ialtu Gloss Black dan Matt Black. RR
Popular