BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500. Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Kelabu, jentera ini ditawarkan pada harga asas bermula RM27,888 tanpa insurans dan cukai jalan.
BENDA Chinchilla 500 didatangkan dnegan enjin V-Twin yang bersesaran 475.6cc, DOHC dengan hantaran kuasa maksimum 35.0kW pada 9,000rpm dan tork 42.Nm pada 7,200rpm. Fungsi Side Stand Safety Switch pada model ini mengelakkan enjin motosikal hidup ketika penukaran kedudukan gear dalam keadaan tongkat sisi tidak dinaikkan. Sistem pacuan akhir jenis tali sawat pula merupakan medium bagi menawarkan kelancaran jentera ketika menunggang.
Penggayaan model ini adalah sebagai sebuah motosikal retro yang boleh dilihat menerusi lampu utamanya yang berbentuk bulat, namun menawarkan pencahayaan jenis LED. Lampu belakang dan lampu isyarat juga adalah jenis LED.
Sistem keselamatan yang ada pada Chinchilla 500 ini ialah ABS dua saluran dan sistem Traction Control (TCS) untuk meningkatkan lagi kestabilan jentera ketika memecut mahupun brek secara mengejut.
Model ini hadir dengan pelana penunggang dan pembonceng yang berasingan supaya dapat meningkatkan lagi tahap keselesaan. Sistem ekzos berkembar tampil dengan bunyi deruman yang garau dan ‘bassy’.
Kelengkapan lain yang terdapat pada jentera cruiser ini adalah meter TFT, fork teleskopik jenis USD, penyerap hentak berkembar di belakang, tangki bahan api 16 liter, berat 215kg, brek cakera 320mm (depan), brek cakera 260mm (belakang), slipper clutch, tinggi pelana 705mm serta soket pengecas USB Type-A dan Type-C.
BENDA Chinchilla 500 sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malayia. Bagi setiap pembelian model ini, pmilik akan menikmati waranti kilang jarak perjalanan tanpa had selama dua tahun serta Perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh Mforce bike Holdings Sdn Bhd. RR