Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115. Jentera ini merupakan motosikal dengan gaya klasik namun memiliki teknologi terkini untuk meningkatkan prestasi dan keselesaan. DY155 dibangunkan untuk kegunaan harian yang memiliki pengendalian yang mudah dan santai di dalam bandar mahupun luar bandar.
DY115 dikuasakan dengan enjin bersesaran 113.3cc, silinder tunggal, SOHC bersama sistem penyejuk udara. Enjin pada model ini mampu menghasilkan hantaran kuasa 6.5kW pada 8,000rpm dan tork 9.0Nm pada 5,500rpm. Dari segi casisnya, jentera ini menggunakan kerangka logam yang tahan lasak, lebih kukuh dan stabil berbanding underbone biasa. Walaupun menggunakan sistem bahan api jenis karburetor, model ini menawarkan penungganaan bahan api yang optimum. DY115 dilengkapi tangki bahan api bersaiz 4.2 liter.
Model ini didatangkan dalam dua varian di mana standard menggunakan sistem brek jenis drum dan untuk varian SE pula dilengkapi paparan meter LCD, sistem klac berganda dan brek cakera di depan. Untuk memudahkan penunggang, kedua-dua varian ini turut mempunyai soket pengecas USB Type-C dan Type-A untuk mengecas telefon bimbit ketika meunggang.
Antara kelengkapan lain seperti:
- Fork teleskopik
- saspensi belakang berkembar
- berat 91kg
- Meter analog (standard)
Aveta DY115 ditawarkan pada harga asas RM3,988 untuk varian standard yang berwarna Hitam manakala SE pula berwarna Biru dengan harga asas RM4,088. Kesemua harga adalah tanpa cukai jalan dan insurans. Pemilik jentera ini juga akan menikmati waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR