Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana (250cc-750cc) terus menawarkan motosikal yang berbeza di Malaysia, kali ini dengan pengenalan Guerrilla 450, sebuah model premium roadster yang hadir dengan rekabentuk cukup menawan dan spesfikasi enjinnya yang padu.
Guerrilla 450 dikuasakan oleh enjin Sherpa silinder tunggal 452cc yang baharu dan termaju dengan menawarkan kuasa 40PS pada 8,000rpm dan tork 40Nm pada 5,500rpm.
Guerrilla 450 direka dengan tepat untuk dijadikan sebagai teman menunggang ke masa sahaja, siang ataupun malam. Model ini merupakan sebuah motosikal berkuasa, serba boleh dan canggih yang memberikan keseronokan tulen tanpa menghiraukan hiruk-pikuk kota.
Guerrilla 450 ialah motosikal yang merangkumi perwatakan dan karaktor sama seperti perjalanan unik Royal Enfield dalam sejarahhnya membina motosikal yang berbeza daripada yang lain. Namun begitu, Royal Enfield telah terbukti dalam portfolio motosikal selepas memenangi anugerah yang telah mencabar monotoni yang suram, dan telah dibangunkan untuk satu tujuan sahaja iaitu keseronokan tulen bermotosikal.
Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mod tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode', penunggang boleh menukar tindak balas pendikit untuk menyesuaikan dengan keadaan menunggang mereka. Model ini juga hadir dengan 'Tripper Dash' Infotainment 4-inci yang menawarkan antara muka pengguna yang mudah dan intuitif. Ini menyampaikan maklumat penting tepat apabila diperlukan.
Menampilkan navigasi peta penuh yang dikuasakan oleh Peta Google dengan panduan audio dalam lebih 120 bahasa, Guerrilla 450 memastikan perjalanan yang lancar, melalui laluan biasa atau yang baharu. Penunggang boleh memilih antara paparan analog dan digital, dengan pilihan mod gelap untuk kebolehbacaan optimum dalam semua keadaan.
Untuk pasaran negara, Guerrilla 450 ditawarkan pada harga bermula RM28,700 dengan dua pilihan warna iaitu Yellow Ribbon dan Brava Blue. RR