Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula. Bertempat di kilang Borgo Panigale, motosikal unik, yang menggabungkan prestasi enjin V4, posisi tunggangan cruiser dan keanggunan sensual yang mewah. Model baru ini menawarkan rekaan semula Ducati ini agar lebih berotot, canggih dan semestinya lebih berprestasi tinggi berbanding model-model awal XDiavel 1260 ini dipasarkan.
XDiavel V4 direka untuk peminat dua roda yang mencari motosikal dengan memiliki gaya rupa yang jelas dan pada masa yang sama, menawarkan kenikmatan mutlak untuk para pencinta cruiser dengan kedudukan tunggangan yang rendah dan santai - dan terpesona, pada masa yang sama prestasi enjin yang padu!
Prestasi enjin V4 Granturismo, 1,158cc berkuasa 168hp dan tork 12.6Nm memang padu. Ia pula digabungkan dengan tayar belakang bersaiz mega, 240/45 ZR17, sistem quick shift dan nisbah gear khusus yang membolehkan anda memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat. Terima kasih kepada enjin V4 Granturismo, diperoleh daripada MotoGP!
XDiavel baharu ini seberat 229 kg. Didatangkan dengan komponen canggih seperti kerangka jenis monocoque, saspensi boleh laras sepenuhnya dan sistem brek jenis cakera 300mm dengan angkup Brembo Stylema. Gabungan ini menjadikan XDiavel V4 cukup tangkas dan dinamik yang selalunya tidak dimiliki oleh sesebuah jentera Sport Cruiser.
Penumpang juga boleh mengharapkan tempat duduk yang lebih luas (+30% lebar, +50% panjang) dan selesa (+25 mm ketebalan), dan pemegang pegangan belakang yang dibekalkan sebagai ciri standard. Prestasi XDiavel V4 bertambah dengan adanya pakej elektronik yang lengkap dan berkesan seperti Ducati Traction Control (DTC) dalam versi Cornering, Ducati Wheelie Control (DWC), ABS Cornering, Launch Control dan Ducati Quick Shift (DQS) 2.0.
Semua talaan boleh dilaraskan menerusi paparan meter TFT 6.9 inci bewarna penuh yang turut menawarkan sambungan Bluetooth dengan telefon pintar untuk panggilan, mesej teks dan muzik, serta menyokong sistem navigasi Belok demi belok (tersedia sebagai aksesori) melalui Aplikasi Ducati Link.
XDiavel V4 akan tersedia di pasaran Eropah bermula Mei 2025, manakala negara lain bakal menyusul. Model ini tampil dengan dua pilihan warna iaitu Burning Red dan Black Lava. Buat pertama kalinya XDiavel hadir dengan warna Merah tetapi berbeza daripada warna Ducati Red dan Racing Red. Bagi Black Lava pula ditampilkan warna Hitam kilat klasik untuk mencerminkan personaliti yang unik dan canggih. RR