BMW Motorrad Malaysia Unum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12. Untuk pasaran negara model ini hanya hadir dalam satu warna sahaja iaitu Aventurin Red Metallic pada harga asas bermula RM119,500.
R 12 baru ini didatangkan dengan enjin ikonik BMW iaitu R Boxer yang bersesaran 1,170cc yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 95hp pada 6,500rpm dan tork 110Nm pada 6,000rpm. Model ini menggunakan sistem transmisi 6-kelajuan yang turut dipadankan bersama Shift Assistant Pro bagi memudahkan proses penukaran kedudukan gear tanpa menggunakan tuas klac.
Untuk keselesaan, R 12 dipadankan dengan saspensi hadapan jenis fork USD 45mm manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal boleh laras dengan prabeban dan redaman lantunan.
Antara kelengkapan lain seperti brek cakera berkembar 310mm (depan), cakera tunggal 265mm (belakang), BMW Motorrad ABS Pro, tinggi pelana 754mm, berat 227kg, lampu-lampu LED, Adaptive Headlight Pro, Dynamic Brake Lights, paparan meter analog dan tangki bahan api 14 liter.
Manakala pakej elektronik pada model ini terdiri daripada Cruiser Control, dua mod tunggangan (Rock & Roll), Dynamic Traction Control, Dynamic Engine Brake Control, sistem kunci pintar dan Hillstart Control.
Dengan Pelan Pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BW R 12 bermula pada harga RM1,668 (mengikut anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman sehingga 90% selama 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan melalui Program Minyak Enjin Premium, Servis Eksklusif dan lanjutan waranti waranti yang ditawarkan oleh BMW Motorrad Malaysia. RR