Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Mac 2025

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama KAMAX di Malaysia akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini. 

Bertempat di pusat pameran KAMAX Moto yang terletak di bandaraya Chongqing, China, model tersebut telah pun dipertontonkan buat para media dari Malaysia yang dijemput khas ke sana. 

KAMAX Cub X disempurnakan dengan enjin 147cc, silinder tunggal dengan hantaran kuasa setinggi 6.8kw pada 7,500rpm dan tork maksimum 10.5Nm pada 5,000rpm. 

Model ini juga dilengkapkan dengan panel meter jenis digital, lampu-lampu LED, tempat meletak barang (sesuai untuk alatan perkhemahan), madgad gaya motocross dan pelana jenis tunggal. 

Pelananya yang hanya setinggi 780mm memudahkan jentera ini ditunggang oleh semua jenis peminat motosikal tidak kira lela. Untuk memantapkan tunggangan, Cub X didatangkan dengan brek-brek jenis cakera berserta sistem ABS. Fork hadapannya jenis teleskopik yang dipadankan dengan penyerap hentak hidraulik berkembar.

KAMAX Cub X ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Hijau dan Hitam. Walaupun masih tidak dinyatakan berapa nilai sebenarnya tetapi menurut pihak KTNS Holdings, harga asas untuk model ini dijangkakan sekitar RM9,000.

Model pertama dari KAMAX muncul ke pasaran negara adalah pada tahun lepas menerusi model Super Pro 125 yang ditawarkan pada harga RM8,888. RR

Spesifikasi tambahan:

  • Isi tangki 3.8 liter
  • Berat 112kg
  • Sistem pembakaran: suntikan bahan api
  • Pacuan akhir: rantai
  • Tayar hadapan: 2.75-17 (jenis jagung, tiub) 
  • Tayar belakang: 3.00-17 (jenis jagung, tiub) 
  • Pelindung enjin (pilihan)

Untuk maklumat lanjut layari:

Laman web: http://www.kamaxgroup.com
Instagram: kamax_group
Facebook: Kamax Motor
Youtube: @kamaxgroup2654
 

Popular

  • Model Baru

    BMW Motorrad Malaysia Unum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

  • Warta Roda

    Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

  • Model Baru

    VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

  • Dari Litar

    Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Artikel berkaitan

BMW Motorrad Malaysia Unum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

VOGE DS900X Masuki Pasaran Negara. Harga bermula dari RM49,998

Kawasaki Z650RS 2025 Dilancarkan – RM37,200

AVETA Lancar 2 Skuter Terbaru, NOVA 160 & NOVA 125. Harga bermula dari RM5,188

Honda Eropah Lancarkan GL1800 Gold Wing & Gold Wing Tour

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Jururawat maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori

Sepang: Seorang jururawat maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 28.2 Lebuhraya Kajang Silk, 1 tengah hari semalam.

Warta Roda

Remaja 17 tahun disyaki curi motosikal diberkas

Polis menahan dua remaja lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar Kluang.

Warta Roda

Temu bual bersama COO/CTO BIMOTA Pierluigi Marconi: Kembali Ke Tempat Kita!

Temu bual bersama COO/CTO BIMOTA Pierluigi Marconi: Kembali Ke Tempat Kita! oleh Sir Alan Cathcart

Warta Roda

Remaja Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Sungai

Mayat seorang pelajar yang lemas di sungai selepas dipercayai terbabas bersama motosikalnya petang semalam di Titi Chegar, di sini, ditemukan pasukan penyelamat pagi tadi.