Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Februari 2025

VOGE DS900X Masuki Pasaran Negara. Harga bermula dari RM49,998

Pasaran motosikal adventure di Malaysia kini dihadiri sebuah model terbaru yang penuh dengan ciri-ciri inovatif dan berprestasi tinggi dari jenama VOGE iaitu model DS900X. Jentera lasak ini diperkenalkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., dan ditawarkan pada harga RM49,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

VOGE DS900X dikuasakan oleh enjin 895cc dwi-silinder, empat-lejang dan lapan-injap, jentera ini mampu menghasilkan 70kW pada 8,250rpm dan tork maksimum 95Nm pada 6,000rpm. Dengan nisbah mampatan 13.1:1, sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik, DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan bagi perjalanan jauh dan penjelajahan off-road.

Aviator Blue.
Aviator Blue.

Dilengkapi dengan fork teleskopik terbalik, penyerap hentak belakang monoshock dan lengan ayun (swingarm) aluminium yang unik, motosikal ini memastikan kualiti kestabilan dan kawalan optimum di pelbagai permukaan jalan. Dengan berat 222kg, ketinggian tempat duduk 835mm dan jarak dari tanah 190mm, VOGE DS900X direka untuk memberikan keseimbangan antara ketahanan dan keselesaan.

VOGE DS900X menggunakan tayar hadapan jenis berjejari 90/90-21 dan 150/70-17 (belakang) dipadankan dengan sistem brek cakera berkembar bersaiz 305mm (hadapan) dan 265mm di bahagian belakang dari jenama terunggul Brembo beserta sistem AVS dwi saluran. Ini adalah ciri-ciri mantap bagi memastikan kuasa memperlahankan jentera ini efisien walaupun dalam keadaan mengejut.

Lime Green.
Lime Green.

Selain prestasi dinamiknya, VOGE DS900X juga dilengkapi dengan pelbagai ciri premium untuk perjalanan jarak jauh yang lebih selesa dan selamat. Motosikal ini menawarkan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport dan Enduro, sistem Autocruise, sistem Pemanas Grip 3 Tahap, Pemanas Pelana yang membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan dan pada masa yang sama menikmati pengembaraan dengan selesa.

VOGE DS900X turut dilengkapi dengan sistem Quickshifter yang membolehkan penukaran gear lebih pantas dan lancar tanpa perlu menarik klac. Dengan teknologi ini, penunggang dapat menikmati pecutan yang lebih lancar serta kawalan yang lebih baik, terutamanya ketika memecut di lebuh raya atau menunggang di laluan mencabar.

VOGE DS900X hadir dengan tangki bahan api berkapasiti 17 liter, ekzos keluli tahan karat serta tempat penyimpanan barang yang luas termasuk satu kotak atas berkapasiti 45 liter dan dua kotak sisi berkapasiti 35 liter setiap satu. Penghadang angin boleh laras pula memastikan perjalanan yang lebih lancar pada kelajuan tinggi, menjadikan motosikal ini pilihan terbaik untuk peminat adventure touring.

Matt Black.
Matt Black.

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • Sistem kunci pintar
  • Panel meter TFT berwarna penuh, bersaiz 7-inci
  • Kamera 'dashcam' di hadapan
  • Lampu- lampu jenis LED
  • Lampu spotlight,
  • Sistem pengecasan USB dwi-port (Type-A dan Type-C), soket output berkuasa 12V10A
  • Sistem Side Stand Safety Switch (motosikal hanya boleh bergerak apabila tongkat sisi diangkat sepenuhnya).

VOGE DS900X kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh VOGE Malaysia. RR

Popular

  • Pandu Uji

    Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

  • Warta Roda

    Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

  • Model Baru

    BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

  • Warta Roda

    Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

  • Model Baru

    VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

Artikel berkaitan

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Kawasaki Z650RS 2025 Dilancarkan – RM37,200

AVETA Lancar 2 Skuter Terbaru, NOVA 160 & NOVA 125. Harga bermula dari RM5,188

Honda Eropah Lancarkan GL1800 Gold Wing & Gold Wing Tour

Disyorkan untuk anda
Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Model Baru

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Zongshen melancarkan 4 model terbaru iaitu CX650, RA600, RE600 & RT3E.

Dari Litar

Helmi Azman Terima Anugerah 'AEON Credit National Rider of The Year 2024'

Bersempena majlis Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2024, pelumba negara iaitu Helmi Azman telah dianugerahkan AEON Credit National Rider of The Year 2024 . Anugerah ini mengiktiraf prestasi hebat Helmi selepas merentasi pelbagai kejuaraan sepanjang musim 2024.

Warta Roda

Boon Siew Honda Terima Dua Anugerah Motosikal Terbaik

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menerima anugerah berganda di Majlis Anugerah Motosikal Terbaik Tahunan Allianz BikeRepublic 2025