Kawasaki Z650RS 2025 Dilancarkan – RM37,200

Bersempena dengan pembukaan pusat sehenti Kawasaki 4S di Puncak Alam, MODENAS juga turut melancarkan model terbaru iaitu Kawasaki Z650RS untuk pasaran negara.
Kawasaki Z650RS merupakan jentera dengan gaya retro tetapi menampilkan ciri-ciri dan teknologi terkini. Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 649cc, Parallel Twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 67hp pada 8,000rpm dan tork 64.0Nm pada 6,700rpm.
Untuk menawarkan keselesaan ketika menunggang di laluan lurus mahupun mengambil selekoh, model ini dilengkapi dengan sepasang saspensi hadapan jenis fork teleskopik 41mm manakala bahagian belakang menggunakan saspensi Horizontal Link Shock dengan preload boleh laras.
Rim-rim 17 inci pada jentera ini dilengkapkan bersama tayar-tayar bersaiz 120/70ZR17M/C (58W) untuk bahagian hadapan manakala belakang bersaiz 160/60ZR17M/C (69W). Bagi sistem membrek pula dikendalikan dengan brek cakera berkembar 300mm di depan dan belakang dipadankan dengan cakera tunggal 220mm. Jentera ini turut hadir dengan sistem ABS dua saluran.
Rekabentuk bahagian hadapan tampil gaya klasik dengan rekaan lampu utama berbentuk bulat. Untuk menggabungkan elemen moden pencahayaan pada jentera ini menggunakan lampu jenis LED
Antara kelengkapan lain seperti Kawasaki Traction Control, klac jenis Assist & Slipper, meter analog dengan dengan digital dan tinggi pelana 820mm.
Kawasaki Z650RS ditawarkan pada harga asas bermula RM37,200 dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Ebony/Wheel Gold. Model ini sudah berada di semua pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh negara. RR