Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Januari 2025

Hong Leong Yamaha Lancarkan NMAX155 ABS 2025. Harga dari RM11,498

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan skuter terbaru, NMAX155 ABS 2025 yang menawarkan rekabentuk lebih moden dan beberapa ciri-ciri baru yang lebih praktikal dan cantik. Hadir dalam dua pilihan warna iaitu Magma Black dan Sky Blue pada harga asas RM11,498.

Bahagian hadapan diserikan dengan lampu utama jenis LED rekabentuk baru yang dikemaskan dengan lampu isyarat bersepadu. Panel meter masih jenis digital tetapi dengan rekaan serba baru. NMAX baru ini juga dilengkapi dengan soket USB dan sistem Yamaha Y-Connect.

Untuk tunggangan yang selamat, Yamaha telah melengkapkan NMAX ini dengan sistem ABS dwi-saluran dan sistem Traction Control yang mencegah tayar daripada gelinciran ketika menunggang pada permukaan yang basah atau tidak rata.

NMAX155 ABS ini disempurnakan dengan enjin  silinder tunggal 155cc, 4 lejang, sistem sejukan cecair yang berkuasa 11.3kW pada 8,000rpm dan tork 13.9Nm pada 6,000rpm. Sememangnya model ini begitu diminati di Malaysia kerana ia cantik, pratikal dan tahan lasak. Model baru NVX155 ABS akan tersedia di semua pusat pengedar HLYM bermula 15 Januari ini. RR

Popular

  • Warta Roda

    Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Artikel berkaitan

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

AVETA lancarkan skuter 'Adventure' terbaru, Vanguard 250 (Standard & SE)

3 Model Baru, 1 Model Pra-tonton dari Mforce Bike Hondings

BSH Lancarkan Honda RS-X Winner Serba Baru

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

MODA SPORTER S - Skuter Maksi Terbaru Dari MODA. Harga RM17,888

Zontes 368G Adventure Dilancarkan. Harga Bermula Dari RM28,800

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

VOGE Bekerjasama Dengan AS25 Racing Team Untuk Bersaing Dalam CubPrix & ARRC

VOGE Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan pasukan yang diketuai oleh pelumba lagenda negara, Azlan Shah Kamaruzaman iaitu AS25 Racing Team.

Pandu Uji

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

Ya..kemunculan semula Moto Morini disaksikan dunia selepas pemerolehannya pada bulan Oktober 2018 oleh pengeluar dari China, Zhongneng.

Model Baru

MODA SPORTER S - Skuter Maksi Terbaru Dari MODA. Harga RM17,888

Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI) hari ini telah melancarkan jenama motosikal terbaru iaitu MODA yang memberi tumpuan dalam pemasaran produk skuter di pasaran negara. Turut dilancarkan bersama pada majlis tersebut ialah MODA Sporter-S yang dikuasakan dengan enjin 250cc.

Model Baru

Zontes 368G Adventure Dilancarkan. Harga Bermula Dari RM28,800

Zontes Malaysia telah memperkenalkan model terbaru yang merupakan pencabar baru motosikal skuter adventure di Malaysia iaitu Zontes 368G Adventure.