MV AGUSTA F3 COMPETIZIONE: Mungkin Antara Rekaan Tercantik?
Model supersport F3 Competizione ditampilkan oleh MV Agusta yang cukup elegan dan ia mentakrifkan semula standard sesebuah jentera dalam segmen Supersport. MV Agusta mempersembahkan motosikal bersaiz sederhana yang paling eksklusif. Berdasarkan asas teknikal dan gaya F3 RR istimewa ini, ia sememangnya memiliki keupayaan sangat cemerlang untuk tunggangan jalanan biasa dan juga di litar.
Seperti setiap MV Agusta, F3 Competizione akan dibuat sepenuhnya di kilang Varese dan hanya 300 unit dihasilkan sepanjang tahun 2025, lengkap dengan nombor siri. Ia disempurnakan dengan enjin 798cc, 3 silinder yang menawarkan hantaran kuasa maksimum 160hp pada 13,500rpm.
Beza di antara model 'Competizione' ini dengan versi 'RR' adalah menerusi rekaan casisnya yang kini mendapat kerjasama daripada pihak Ohlins. Fork hadapan jenis terbalik (USD), Ohlins NIX30 yang menyumbang pengendalian dinamik dan kecekapan yang dipadankan dengan lengan ayun tunggal + penyerap hentak Öhlins TTX 36 di bahagian belakang.
Rekaan aerodinamik (seperti winglet) disepadukan pada bahagian fairing dibuat daripada gentian karbon itu mampu menjana 8kg 'downforce' di bahagian depan dalam kelajuan 240km/j. Pakej aerodinamik ini termasuklah cermin pengadang angin jenis 'Smoke', fairing sisi gentian karbon dan madgad hadapan yang mempertingkatkan tahap pengaliran udara kepada sistem brek dan enjin.
Sistem elektronik yang dipadankan pada MV Agusta edisi terhad ini terdiri daripada Mod Tunggangan (Rain, Sport, Race, dan Custom), sistem Traction Control, Cruise Control. ABS 2 Mod (Sport dan Race), Rear Wheel Lift-Up Mitigation (RLM), dan Front Lift Control (FLC).
Paparan panel meter TFT berwarna penuh bersaiz 5-inci beserta aplikasi MV Ride yang memberikan sambungan kepada telefon pintar untuk membuat talaan, sistem navigasi dan membuat rakaman serta berkongsikan laluan perjalanan.
F3 Competizione ini tampak cukup mewah dan eksklusif menerusi gabungan warna Satin Metallic Carbon Black, Satin Intense Silver, dan Emas. RR
Kit Perlumbaan:
- Sistem ekzos penuh Full Akrapovic Titanium
- Penutup tangki kunstom mesin-CNC
- Penutup pelana gentian kaca
- Penutup/pelindung motosikal khas
- Sijil tulen pemilikan istimewa