Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 Disember 2024

Yamaha Aerox Alpha 2025 Diperkenalkan Untuk Pasaran Indonesia

Baru-baru ini Yamaha Motorcycles telah melancarkan skuter terbaru iaitu Yamaha Aerox Alpha 2025 untuk pasaran Indonesia. Model ini diperkenalkan dalam empat varian iaitu Standard, CyberCity, "TURBO" dan "TURBO" Ultimate.

Yamaha Aerox Alpha didatangkan dengan enjin 155cc VVA, Silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp pada 8,000rpm dan tork 14.2Nm pada 8,000rpm. Menariknya, terdapat ciri-ciri baru pada Aerox Alpha ini iaitu Yamaha Electric CVT (YECVT) yang hanya dipadankan pada varian "TURBO" dan "TURBO" Ultimate.

Selain itu, terdapat dua mod tunggangan pada versi "TURBO" dan "TURBO" Ultimate seperti Town Commuting yang lebih sesuai untuk kegunaan di dalam kawasan bandar. Untuk mod S (Sport Touring) menawarkan lebih pecutan bagi tunggangan luar bandar. Manakala teknologi Turbo Y-Shift pula menawarkan tiga mod iaitu Low, Medium dan High yang menawarkan tahap pecutan serta nyahpecut berbeza. Sistem ini boleh dikawal menerusi suis yang terdapat pada bar hendal sebelah kiri.

Sebagai model 2025, Yamaha Aerox Alpha telah diberi nafas baru di mana rekabentuk lampu utamanya yang lebih agresif dengan dilengkapi pencahayaan Dwi Projector Led untuk tunggangan lebih jelas pada waktu malam. Rekaaan di bahagian belakangnya juga turut diperkemaskan agar tampak lebih sporty.

Antara ciri-ciri lain yang menarik seperti:

  • Paparan Meter LCD - Varian Standard & CyberCity
  • Meter TFT dengan Tiga Mod Paparan (Standard, Dynamis & Sport) - Varian "TURBO" & "TURBO" Ultimate
  • Y-Connect
  • Start Stop System - Kecuali Varian Standard
  • Sistem ABS - Kecuali Varian Standard
  • Sistem Kunci Pintar - Kecuali Varian Standard
  • Traction Control - Varian "TURBO" & "TURBO" Ultimate

Berikut merupakan harga Yamaha Aerox Alpha 2025 untuk pasaran indonesia:

  1. Standard (Sliver Yellow, Matte Blue, Red & Black) - Rp 29.900.000 (RM8,270)
  2. CyberCity (CyberCity & Matte Blue Yellow) - Rp 33.990.000 (RM9,402)
  3. "TURBO" (Matte Dark Grey) - Rp 39.550.000 (RM10,936)
  4. "TURBO" Ultimate (Matte Dark Grey) - Rp 41.730.000 (RM11,566)

Adakah keempat-empat varian ini juga akan diperkenalkan untuk pasaran negara sebagai genarasi terbaru Yamaha NVX? Sama-sama kita nantikan berita dari Hong Leong Yamaha Motor. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.