Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Disember 2024

KTM 1390 SUPER ADVENTURE R 2025

Tidak dinafikan, pengeluar motosikal global dari Austria iaitu KTM kini sedang menghadapi dengan masalah kewangan yang menyebabkan operasi perniagaan mereka khususnya di US dan Eropah telah menurun. Namun begitu, mereka cekal menghadapi cabaran itu dengan sebaiknya.

Untuk tahun 2025, KTM telah menampilkan model kembara padu iaitu 1390 Super Adventure yang hadir dengan rekabentuk luaran serba baru, sistem pencahayaan LED, cermin pelindung berfokus-offroad dan lebih kompak. KTM turut menambah ketegaran rangkanya yang berjaya meningkatkan pengendalian di litar lasak. 'Crash bar' rekaan baru kini sebagai ciri standard.

KTM 1390 SUPER ADVENTURE R dilengkapkkan dengan sistem saspensi 'tradisional' yang lebih sesuai untuk tunggangan di jalan yang lebih sukar. Fork hadapan jenis WP XPLOR 48 mm dipadankan dengan penyerap hentak belakang WPs XPLOR + Sistem Redaman Progresif (PDS).

Isipadu enjin juga dinaikkan daripada 1,300 kepada 1,350cc. Ia menghasilkan hantaran kuasa 173 Ps pada 9,500rpm dan tork maksimum 145Nm pada 8,000rpm, dengan teknologi CAMSHIFT™ serba baharu yang memudahkan tunggangan dalam kelajuan rendah.

KTM 1390 SUPER ADVENTURE R juga padat dengan pakej sistem elektronik premium, antaranya ialah panel meter TFT 8-inci dengan teknologi skrin sentuh baru yang membolehkan penunggang mengakses setiap talaan walaupun sambil memakai sarung tangan. Panel meter ini mempunyai ciri-ciri moden seperti Anti-Reflex, Anti-Cap Jari, Anti-Silau.

Menerusi paparan TFT baru yang dilengkapi dengan 'Inductive Technology', pemilik jentera ini boleh memilih Mod Tunggangan, sistem Traction Control dan semua talaan elektronik dengan lebih efisien. Ya... sistem navigasi dan sambungan telefon pintar juga menjadikan KTM 1390 ini lebih praktikal untuk pengembaraan jarak jauh.

KTM 1390 SUPER ADVENTURE R dijangka akan memasuki fasa produksi pada tahun 2025 nanti. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.