Kawasaki Z900 2025 - Rekaan Semula Gaya Sugomi Untuk Lebih Berprestasi

Ketibaan Kawasaki Z900 2025 mungkin antara model jalanan yang ditunggu-tunggu oleh para peminat motosikal khususnya dalam segmen jalanan (street). Model serba baru ini mengekalkan gaya 'Sugomi' dan telah direka semula dengan kualiti yang lebih cemerlang.
Z900 disempurnakan dengan enjin 948cc, 4 lejang, sistem penyejuk cecair, yang memiliki hantaran kuasa setinggi 124hp manakala sistem elektronik juga dipertingkatkan. Hantaran kuasanya dapat dinikmati khususnya dalam gear-gear pertengahan.
Buat pertama kalinya untuk model Z900 dilengkapkan dengan Inertial Measurement Unit (IMU) yang menguruskan sistem keselamatan terkini seperti Cornering ABS, Mod Tunggangan, sistem Traction Control dan sistem Quick-Shifter (Aktif bermula dari 1,500rpm).
Untuk memberi tunggangan selesa, Kawasaki tidak lupa untuk melengkapkan model ini dengan brek-brek berkualiti jenis Brembo beserta ABS. Untuk model Edisi Istimewa (SE), terdapat beberapa bahagian yang dinaik taraf seperti sistem saspensi gred tinggi (Ohlins).
Menerusi panel meter TFT yang bersaiz 5 inci yang membolehkan kita melihat segala informasi, talaan mod tunggangan, sistem penyambungan telefon pintar (Rideology The App Motorcycle), arahan suara dan sistem navigasi. Pelananya ditawarkan dalam dua ketinggian iaitu 830mm dan 810mm.
Antara ciri-ciri menarik lain:
- Lampu-lampu LED
- Soket USB
- Bar hendal aluminium
Warna Z900:
Z900 Metallic Spark Black/Metallic Carbon Gray/Ebony
Z900 Metallic Carbon Gray/Metallic Phantom Silver/Candy Persimmon Red
Z900 Metallic Moondust Gray/Metallic Spark Black/Candy Lime Green
Warna Z900SE:
Metallic Matte Graphite Gray/Ebony/Metallic Graphite Gray. RR