Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Disember 2024

Royal Enfield Bear 650 Baru... Masuk Malaysia Tahun Depan?

Bear 650 adalah scrambler bergaya serba baru dari Royal Enfield yang dibina berdasarkan Interceptor 650, tetapi dengan karaktor dan rupawajah yang sama sekali berbeza. Idea untuk merekacipta model baru ini diilhamkan daripada kemenangan bersejarah Eddie Mulder dalam perlumbaan Big Bear Run pada tahun 1960.

Sebagai penghormatan kepada kejayaan penuh bersejaraj itulah, Royal Enfield menamakan model terkininya Bear 650. Jentera ini disempurnakan dengan enjin silinder berkembar 650cc yang menawarkan daya hantaran kuasa dan perwatakannya yang menarik.

Enjin kembar parallel bersaiz sederhana itu memberikan kuasa maksimum 47hp pada 7,250rpm dan tork maksimum 56.5Nm pada 5,150rpm. Dari segi penggayaan, sistem ekzos 2-dalam-1 bukan sahaja nampak mantap malah dapat mengoptimumkan penghantaran kuasa.

Golden Shadow.
Golden Shadow.
Petrol Green.
Petrol Green.

Royal Enfield Bear 650 ini turut dilengkapkan dengan tayar jenis jagung untuk menjelaskan DNA scrambler disamping pergerakan mantap di laluan-laluan lasak. Pelananya memang empuk dan direka dengan garisan-garisan (berjahit) serta terdapat tempat pemegang untuk pembonceng.

Model ini dilengkapi dengan rekacorak gaya retro menerusi lampu hadapan (LED), lampu belakang dan panel meter TFT, kali pertama direka dalam bentuk bulat yang lengkap dengan sistem navigasi

Boardwalk White.
Boardwalk White.
 Two Four Nine
Two Four Nine

Penampilannya dipertingkatkan lagi dengan skema warna diilhamkan oleh bandar California yang meriah: Petrol Green, Golden Shadow, Wild Honey, Boardwalk White dan edisi khas dipanggil Two Four Nine dengan nombor '249' penuh hormat juara perlumbaan ikonik, Big Bear Run yang dimenangi oleh Eddie Mulder.

Memang cantik...memang lawa...memang padu! Agak-agaknya bila RE Bear 659 ini mendarat di Malaysia? Kita tunggu sama-sama! RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta