Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2024

Royal Enfield Lancarkan Jenama Motosikal Elektrik baru, Flying Flea

Royal Enfield merupakan jenama motosikal tertua di dunia, telah pun beroperasi selama lebih 123 tahun. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalangnya daripada melihat masa depan. Pada pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024 tempohari, Royal Enfield menunjukkan kesediaan mereka untuk memberi saingan ke dunia motosikal elektrik dengan pelancaran jenama baru iaitu Flying Flea.

Nama ini berasal dari motosikal sama yang dikeluarkan oleh Royal Enfield pada tahun 1940-an yang dihantar menggunakan payung terjun ke zon perang. Flying Flea ketika itu terkenal dengan sifatnya  yang ringan dan ketangkasannya untuk bergerak ke mana sahaja.

Semangat inilah yang dihidupkan semula dan model pertama dalam rangkaian Flying Flea ialah FF-C6 yang hadir dalam bentuk retro-futuristik. FF-C6 diinspirasikan oleh model asal yang menawarkan fork hadapan Girder aluminium bertempa, mengingatkan kita dengan motosikal dari tahun 1920-an atau 1930-an dulu.

Kerangkanya juga diperbuat daripada aluminium bertempa yang ringan dan tahan lama manakala perumah untuk bateri dibuat menggunakan magnesium bagi mengurangkan berat dan meningkatkan penyejukan.

FF-C6 hadir dengan sistem kunci pintar dan terdapat juga aksesori pilihan yang membolehkan pemilik Flying Flea ini menghidupkan jentera dengan menggunakan telefon pintar.

Direka bentuk untuk mobiliti bandar, Flying Flea FF-C6 menawarkan pecutan 'twist-and-go' dan memastikan kestabilan optimum dengan brek-brek jenis cakera yang dipadankan dengan sistem Cornering ABS.

Turut dipamerkan juga 1 lagi varian dengan gaya jentera scrambler iaitu "S6". RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Model Baru

KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

KTNS Holdings Sdn Bhd akan menampilkan model terbaru, KAMAX Cub X ke pasaran negara sekitar bulan September 2025 ini.