Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Disember 2024

Ducati Diavel V4 “Black Roadster Livery” 2025

Untuk lebih berdaya saing, Ducati telah melancarkan siri terbaru Diavel V4 disempurnakan dengan "Liveri Black Roadster” yang terdiri daripada warna The Racing Yellow,  yang dipaparkan pada bahagian tangki serta jalur pada panel bahagian belakang dan sisi.

Menerusi tona berwarna Hitam dan Titanium, liveri baru Diavel V4 menjadikan ia lebih elegan, mewah dan berjaya menarik lebih banyak perhatian. Penutup pelana baru lebih mantap, menambah 'karaktor' Diavel ini.

Diinspirasikan oleh 'muscle car', Diavel V4 menafsirkan imej bagaikan seorang atlet yang bersedia untuk memecut ke hadapan. Rekabentuk cukup padu untuk lampu utama dan belakang jenis LED menyumbang kepada rupa Diavel V4 lebih jelas. Lampu belakang model ini yang terdiri daripada LED matriks berbentuk seperti 'titik merah' sangat unik dan anggun.

Diavel V4 hadir dengan enjin 1,158 cc V4 Granturismo yang dicipta enjin Desmosedici yang digunakan Ducati dalam MotoGP. Berkuasa (168 hp), kaya dengan tork tetapi pada masa yang sama, ia juga sangat ringan dan kompak.

Satu lagi elemen tersendiri cukup menarik, Diavel V4 dilengkapi dengan tayar belakang yang besar bersaiz 240/45 dan dipadankan bersama rim aloi lima jejari dengan profil berkualiti tinggi.

Dalam masa dua tahun sahaja, Diavel V4 telah memenangi pelbagai anugerah seperti Good Design® Award dari “Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design”, model yang menerima kenyataan khas oleh Excellent Product Design Category di acara German Design Awards 2024, dan pilihan eksklusif “Best of the best” di Red Dot Award 2024.

Kolaborasi di antara Ducati dan Bentley merupakan siri model terhad yang sangat eksklusif dan mewah. Oleh itu, model ini memiliki rekabentuk Ducati sebagai yang paling dihargai dalam dunia. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Boon Siew Honda turut memperkenalkan versi skuter terkini iaitu Honda NSS250 bagi tahun 2025.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.