Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Disember 2024

Honda BeAT Versi Terbaru Dilancarkan - RM6,090

Boon Siew Honda (BSH) dengan terujanya telah memperkenalkan Honda BeAT generasi yang terbaru untuk pasaran negara. Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Matte Silver, Red, Blue dan Green dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM6,090 (tanpa insurans, pendaftaran & cukai jalan).

Honda BeAT versi terbaru ini telah menerima beberapa peningkatan dari segi rekabentuk badanya lebih segar bersama lampu utama jenis LED bukan sahaja tampak bergaya tetapi jelas untuk perjalanan pada waktu malam. Selain dibekalkan dengan soket pengecas USB, model ini turut disempurnakan dengan panel meter separa digital dan analog.

Walaubagaimanapun spesifikasi enjinya masih sama iaitu menggunakan enjin satu silinder, 109.5cc, SOHC yang berkuasa 6.5kW pada 7,500rpm dan tork 9.5Nm pada 5,500rpm.

Skuter ini juga diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan dari segi penggunaan bahan api sebanyak 1.7 liter untuk setiap 100 kilometer. Selain itu, BeAT turut menerima pengiktirafan 3 bintang oleh MayMAP menerusi sistem CBS (Combined Brake System).

Antara ciri-ciri lain sedia ada seperti ruang bawah pelana 12 liter, sistem pengunci brek ketika parking, fork teleskopik, berat 88kg dan tinggi pelana 742mm. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Dari Litar

Marc Marquez Dominasi GP Thailand, Pamer Tunggangan Cukup Padu!

Perlumbaan pembuka tirai saingan MotoGP 2025 telah berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram pada 2hb Mac lalu telah mempertontonkan kita dengan kehebatan bekas juara MotoGP enam-kali, Marc Marquez dari pasukan Ducati Lenovo yang meraih kemenangan penuh bergaya.