Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 November 2024

Benelli Tampilkan Leoncino Bobber 400 Serba Baru

Tidak dinafikan, siri Leoncino yang dikeluarkan oleh Benelli telah mendapat pujian para peminat motosikal di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Menerusi pengedar sahnya Mforce Bike Hondings, kita dapat melihat model penuh gaya Leoncino 250 dan Leoncino 500 ini menyusur megah di jalanan.

Terbaru, Benelli Eropah telah melancarkan Leoncino Bobber 400 serba baru dan ia adalah model sulung yang berkonsepkan 'cruiser' yang memang cukup lawa! Warna yang kami paparkan di sini ialah Desert Tan, terdapat dua lagi pilihan iaitu Midnight Black dan Onix Grey. 

Model ini didatangkan dengan pacuan akhir jenis talisawat. Ciri paling menonjol yang terdapat pada Leoncino Bobber 400 ialah enjin 60° V-Twin baharu yang bersesaran 384.5 cc menghasilkan kuasa maksimum 34.5hp dan tork maksimum 36Nm.

Penggayaanya memang mantap, semua sistem pencahayaan menggunakan lampu-lampu LED. Bar hendalnya lebar, mudah untuk dikendalikan di mana-mana sahaja dan juga dipasangkan dengan cermin sisi jenis 'bar-end'. Bobber ini juga hadir dengan panel meter TFT dengan takometer gaya analog.

Tangki 15 liter mengekalkan ciri-ciri tersendiri keluarga Leoncino dan pada masa yang sama memberikan profil rendah dan agresif. Sistem ekzos berlapis yang dipadankan pada Bobber ini turut menambahkan 'seri'nya.

Pelana direka rendah (730mm) dan selesa manakala bahagian 'ekor' belakang jenis aluminium mampu menyokong pelana pembonceng tanpa memerlukan rangka atau bingkai tambahan. Jika ingin menunggang solo, pelana pembonceng boleh ditanggalkan pada bila-bila masa.

Penapis udara dipaparkan dengan jelas di sebelah kanannya, manakala kerangka model ini menggunakan struktur 'double cradle' klasik. Untuk sistem saspensi, pengendalian mantap disumbangkan oleh fork teleskopik jenis USD di hadapan yang dipadankan dengan penyerap hentak berspring di bahagian belakang.

Leoncino ini dilengkapi dengan tayar berprofil 16 inci yang dipadankan dengan brek cakera bersaiz 300mm (depan) dan 240mm di belakang beserta sistem ABS. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Warta Roda

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan masuk ke dalam parit di Jalan Kampung Engkeramut.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.