Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 November 2024

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Selepas menempa populariti dengan model X-Cape 650 pada tahun 2022 dan Seiemmezzo SCR pada bulan Mei yang lalu, Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga pada pertengahan November lalu iaitu Calibro 700.

Hadir menyempurnakan majlis pelancaran model baru ini ialah COO Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad dan Ms Nora dari Zhejiang Morini Vehicle Co., Ltd.

Calibro merupakan jentera cruiser yang didatangkan dengan enjin dua silinder, DOHC, 8 injap, sistem penyejuk cecair dengan kuasa maksimum 5.5kW pada 8,500rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.

Bentuk luarannya tampak elegan dan cukup tegap. Bahagian hadapan dikemaskan dengan lampu utama jenis LED yang disertakan dengan sistem Daytime Running Light (DRL) berbentuk lingkaran dan lampu belakang (LED) yang simple tetapi cukup terang.

Panel meternya jenis analog/digital yang jelas dan mudah dibaca. Fairing hadapan jenis 'Bat Wing' yang memberikan imej elegan serta dilengkapkan dengan soket USB, ruang simpanan barang bersaiz sederhana di kiri dan kanan. Calibro juga dilengkapi dengan beg sisi (anggaran 19 liter) yang mampu memuatkan pelbagai barangan untuk tujuan pengembaraan.

Dengan keberatan 228kg dan pelana yang hanya setinggi 705mm membolehkan jentera ini dapat ditunggang dan dikawal oleh hampir oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahu pun wanita. Tangki Calibro bersaiz 15 liter yang dijangkakan mampu membawa pemiliknya untuk perjalanan lebih daripada 250 kilometer dengan satu isian penuh.

Tayar hadapan bersaiz 130/70-18M/C manakala di belakang 180/65-16M/C yang dipadankan dengan brek-brek cakera (320mm depan, 255mm belakang) jenis J.Juan dan sistem ABS dari Bosch. Sebagai jentera yang sesuai untuk perjalanan dekat dan jauh, Moto Morini melengkapkan model ini dengan fork hadapan jenis teleskopik 41mm dan penyerap hentak berkembar jenis spring.

Moto Morini Calibro 700 ditawarkan pada harga RM35,888. Memang 'garang'...memang mantap dan kehadirannya sudah pasti memeriahkan lagi segmen jentera cruiser tanah air. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Argentina): Marc vs Pecco, Round 2!!

ejak Marc Marquez meraih kemenangan sulungnya di Litar Buriram tempohari, dunia MotoGP kecoh dengan 'perang' yang berlaku dalam khemah pasukan Ducati Lenovo di antara Marc dan Francesco Bagnaia (Pecco).

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.