Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 November 2024

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel. Versi pertama mempunyai gaya lebih sesuai untuk tunggangan urban bandar manakala varian kedua dilengkapi dengan set aksesori yang direka untuk pengembaraan.

Fantic Caballero 700 Deluxe meneruskan legasi model-model bersesaran 125cc dan 500cc yang telah begitu berjaya sebelum ini. Berbanding dengan Scrambler 700 standard, Deluxe menampilkan rekacorak grafik baru yang hadir dengan warna Campovolo Grey eksklusif dipadankan panel sisi yang tampak cukup elegan.

Fantic Caballero 700 Deluxe.
Fantic Caballero 700 Deluxe.

Terdapat plat berbentuk bujur di sisi kanan dan sistem ekzos dua saluran yang menjadikan rekacoraknya lebih garang apabila. Tiga jalur berwarna biru muda berlainan kepekatan yang memberikan impak 'gaya retro' dengan lebih jelas.

Fantic Caballero 700 Deluxe.
Fantic Caballero 700 Deluxe.

Caballero 700 Travel pula cukup menonjol bukan sahaja kerana aksesorinya tetapi juga untuk skema warna "Tundra Green" yang bagaikan 'selari' dengan warna alam.

Model ini didatangkan dengan beg sisi dan beg simpanan kecil (atas tangki) yang merupakan hasil kolaborasi bersama pengeluar aksesori terkemuka, GIVI yang turut menyediakan braket-braket bertegaran tinggi. Sebagai jentera kembara, Fantic telah melengkapkan model ini dengan cermin pengadang angin.

Fantic Caballero 700 Travel.
Fantic Caballero 700 Travel.

Fantic Caballero 700 disempurnakan dengan enjin 689cc, kembar-parallel yang berkuasa 74hp dan tork 70Nm. Tangkinya bersaiz 13.5 liter yang menawarkan perjalanan lebih daripada 300 kilometer.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan lampu utama jenis LED dan panel meter TFT bersaiz 3.5" yang terang serta senang dibaca. Kedua-dua varian, Deluxe dan Travel menggunakan tayar jenis knobby bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/70-17 di belakang yang membolehkan pemilik Fantic ini menikmati perjalanan di laluan-laluan sukar.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Mod Tunggangan
  • Traction Control
  • Sistem ABS & Cornering ABS
  • Fork hadapan Marzocchi jenis USD, angkup Brembo
  • Penyerap hentak tunggal Marzocchi
  • Tinggi pelana: 830mm
  • Tranmisi 6 kelajuan

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.