Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 November 2024

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Konsep pembangunan model Honda terbaru, CL500 ini ialah 'Express Yourself'.  Model baru ini menyasarkan para peminat muda dua roda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden. Benar... ia adalah sebuah jentera bukan sahaja cantik tetapi juga menawarkan keselesaan untuk tunggangan harian dan buat mereka yang suka menikmati pengembaraan jarak jauh.

Enjin CL500 bersesaran 471cc, 8-injap, sejukan cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 47hp pada 8,500rpm dan tork 43.4Nm pada 6,250rpm. Sistem suntikan bahan api PGM-FI untuk model ini telah dikemas kini agar lebih efisien, bersih dan menjimatkan.

Rekabentuknya merupakan gabungan di antara jentera klasik dan moden menggunakan tema - ‘Simple, Raw and Tough’. Pelananya dibuat dari 'Urehane Foam' yang selesa dan hanya 790mm, sesuai untuk semua saiz penunggang di mana-mana sahaja.

Bar hendal yang ditinggikan bukan sahaja nampak segak, tetapi juga membantu pengendalian lebih mudah walaupun ketika menunggang 'berdiri' di laluan lasak.

Lampu utama CL500 terdiri daripada 4 biji mentol LED yang dipasang dalam perumah berdiameter 175mm. Walaupun nampak kecil, suluhannya cukup terang dan tajam.

Panel meter digitalnya juga direka bulat, berdiameter 100mm yang menawarkan informasi lengkap seperti Posisi Gear, Tahap Bahan Api, Tahap Kelajuan, Jarak Perjalanan dan lain-lain.

Kotak gear 6 kelajuan dilengkapkan dengan sistem Assist/Slipper Clutch yang mengawal pergerakan tayar belakang yang bersaiz 17 inci.

Tayar hadapan untuk CL500 ini pula bersaiz 10/80R19M/C 59H. Honda retro moden ini menggunakan brek jenis cakera bersaiz 310mm (hadapan) dan 240mm di belakang beserta sistem ABS.

Kawalan yang baik di jalan biasa dan lasak datangnya dari fork hadapan jenis teleskopik 43mm manakala di belakang menggunakan lengan ayun 'simple' bentuk tiub yang dipadankan dengan penyerap hentak berkembar.

Tangkinya sebesar 12 liter yang menurut pihak Honda, CL500 ini mampu menikmati perjalanan lebih daripada 300 kilometer. Adakah model ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia? RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.