Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 November 2024

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Selepas diperkenalkan secara Global di Misano pada bulan Julai yang lalu, Ducati Malaysia turut melancarkan jentera sportbike untuk pasaran tempatan iaitu Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Panigale V4 2025 merupakan jentera generasi ketujuh dalam siri keluarga Sportbike Ducati yang hadir dengan pelbagai pembaharuan dari segi rupabentuk, prestasi dan ciri-ciri yang lebih menarik. Seperti yang diberitahu oleh pihak Ducati, model terbaru ini diinspirasikan dari Ducati 916 yang boleh kita lihat menerusi lampu utamanya lebih halus.

Model ini disempurnakan dengan enjin Desmosedici Stradale, 1,103cc dengan sistem penyejuk cecair yang dapat menghasilkan kuasa maksimum 216hp pada 13,500rpm dan tork 120.9Nm pada 11,250rpm. Enjin generasi terbaru ini ternyata mendapat pengurangan berat sebanyak 1kg sekaligus mempunyai peningkatan kuasa maksimum sebanyak 0.5hp dari model terdahulu. Jentera baru ini juga kini mematuhi piawaian Euro5+.

Antara ciri lain yang mendapat perhatian, Panigale V4 2025 tidak lagi menggunakan lengan ayun jenis tunggal seperti model-modelnya yang sebelum ini tetapi dipadankan bersama lengan ayun konvensional 'Ducati Hollow Symmetrical Swingarm' - mengurangkan ketegaran sisi sebanyak 37% untuk memberikan cengkaman dan kestabilan lebih baik ketika mengambil selekoh atau memecut.

Panigale V4 2024 didatangkan dengan pakej elektronik yang moden seperti mod tunggangan, Ducati Quick Shift (DQS) 2.0, Ducati Vehicle Observer (DVO), Ducati Traction Control (DTC) DVO, Ducati Wheelie Control (DWC) DVO, Ducati Slide Control (DSC), Ducati Power Launch (DPL) DVO dan Engine Brake Control (EBC).

Sistem saspensinya pula merangkumi fork hadapan jenis USD Ohlins NPX-30 dan penyerap hentak tunggal di belakang jenis Ohlins TTX-36. Sistem keselamatannya pula disempurnakan dengan brek Brembo Hypure yang menawarkan kuasa membrek lebih baik.

Antara kelengkapan lain adalah tinggi pelana 850mm, berat kering 191kg, tangki bahan api 17 liter, paparan meter TFT 6.9 inci dengan resolusi 1280x480, Sistem ABS dan Race eCBS.

Ducati Panigale V4 2025 boleh didapati di semua pusat pengedar sah Ducati di seluruh negara dengan harga asas bermula RM182,900. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Dari Litar

Qabil Irfan Kini Atlet Alpinestars

Pelumba negara, Qabil Irfan kini telah mendapat persetujuan sebagai atlet Alpinestars.