Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 November 2024

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star. Tempoh pra-tempahan itu pula hanya diadakan sehingga 1 Januari 2025 dengan nilai tempahan hanya RM500.

Lebih menarik, 50 pemilik pertama model supersport ini akan menikmati acara penyerahan eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadualkan pada bulan Februari tahun hadapan. Model baru ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Metallic Flat Spark Black/Ebony dan Lime Green/Ebony.

Kawasaki ZX-6R baru ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 636cc, 4 silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mematuhi piawaian Euro 5. Oleh itu, enjinya mampu menghasilkan kuasa maksimum 127hp pada 13,000rpm dan tork 70.6Nm pada 10,800rpm.

Terdapat beberapa jenis mod tunggangan seperti Sport, Road, Rain dan Rider yang boleh dipilih melalui paparan meter TFT 4.3 inci yang baru. Menerusi panel meter ini, pemilik jentera ini akan menikmati aplikasi Rideology yang menawarkan penyambungan dengan telefon pintar.

Menerusi penyambungan Bluetooth, informasi yang boleh didapat daripada Rideology antaranya ialah Informasi Motosikal, Log Perjalanan, Talaan Sistem, Talaan Paparan TFT dan Penerimaan Telefon/Email/Mesej.

Sistem elektronik moden yang dimiliki oleh model ini termasuk Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake (KIBS), Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (Upshift sahaja) dan Assist & Slipper Clutch.

Pengendalian mantap ZX-6R ini disumbangkan oleh sistem saspensi yang terdiri dari fork hadapan jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP, penyerap hentak tunggal yang kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17 di belakang yang dipadankan dengan sistem brek cakera berkembar 310mm, cakera tunggal 220mm beserta sistem ABS dua saluran.

ZX-6R juga tidak sukar untuk ditunggang dengan pelananya hanya setinggi 830mm. Saiz tangki untuk model ini ialah 17 liter.

Info: Kawasaki Ninja ZX-6R yang bakal dipasarkan ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) dan telah pun dieksport ke pasaran China pada awal tahun ini. RR

Popular

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

  • Warta Roda

    SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

  • Warta Roda

    Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Artikel berkaitan

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

AVETA lancarkan skuter 'Adventure' terbaru, Vanguard 250 (Standard & SE)

Hong Leong Yamaha Lancarkan NMAX155 ABS 2025. Harga dari RM11,498

3 Model Baru, 1 Model Pra-tonton dari Mforce Bike Hondings

BSH Lancarkan Honda RS-X Winner Serba Baru

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

MODA SPORTER S - Skuter Maksi Terbaru Dari MODA. Harga RM17,888

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

Warta Roda

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya mengumumkan ketibaan Yamaha YZF-R15M 2025 dengan pilihan warna yang terbaru iaitu Signature Black.

Warta Roda

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

ISKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Linkedua, Arah Selatan pada Ahad.

Model Baru

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

Boon Siew Honda (BSH) menampilkan Wave Alpha yang lebih segar dengan warna-warna baru terdiri daripada Perak, Biru, Merah dan Hitam.