Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Oktober 2024

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457. Model 'sport' ini menyambung legasi model sebelum ini seperti RSV4 dan RS660 - dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan luarannya.

Ditawarkan dalam tiga warna berbeza dan harganya juga berbeza. Model RS457 berwarna Prismatic Dark (keunguan) dan Opalescent Light (putih) dijual pada harga RM33,900 manakala warna istimewa Racing Stripes pula bernilai RM35,900.

Dari penggayaan, RS457 didatangkan dengan lampu-lampu jenis LED. Panel meter TFT bersaiz 5 inci yang memberi paparan cukup jelas untuk segala maklumat dan penalaan. Dengan adanya sistem 'Ride-by'Wire', RS baru ini hadir dengan 3 Mod Tunggangan iaitu ECO (kuasa penuh, sistem TC tahap Medium & sesuai untuk tunggangan biasa), SPORT (kuasa penuh, lebih responsif dan sistem TC di tahap paling rendah) dan RAIN (kuasa rendah, sistem TC tahap tertinggi & sesuai untuk hujan dan licin).

Aprilia RS457 disempurnakan dengan enjin 457cc, kembar parallel, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 47.6hp pada 9,400rpm dan tork 43.5Nmm pada 6,700rpm. Untuk disesuaikan dengan karaktor 'jentera perlumbaan', model ini hadir dengan kerangka bertegaran tinggi yang menawarkan kawalan tepat dalam semua jenis jalan, lurus mahupun berselekoh.

Sistem saspensinya terdiri daripada penyerap hentak USD 41mm dengan pra-beban boleh laras yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal (belakang) juga dengan pra-bebas boleh laras. Berat kering untuk model ini ialah 159kg manakala berat sempurna (dengan cecair/petrol) ialah 175kg. Pelananya hanya 800mm, sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahupun wanita.

Sebagai jentera 'berjiwa kelajuan', rekabentuk luaran diasaskan daripada jentera sport dan dari dunia perlumbaan cuma tempat pemijaknya direndahkan untuk lebih selesa. Tayar-tayar RS457 ini juga dipadankan dengan brek-brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 220mm (belakang) yang disertakan dengan sistem ABS dual-saluran.

Memang mantap!! Kemasukan RS457 ini ternyata akan memberi lebih saingan dalam segmen motosikal (sportbike) di tanah air. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Suzuki V-Strom 800DE: Sesuai Untuk Perjalanan Jauh & Dekat

Tempat-tempat yang sempat aku singgah kali ini bersama Suzuki V-Strom 800RE. Ya....model kembara 800cc dari Suzuki ini adalah kesinambungan daripada model DE yang telah kami uji tahun lalu. Kini, lengkapkan siri keluarga V-Strom 800 dengan benar-benar bersedia di pasaran dan mampu merentasi kepelbagai rupa bumi, cuaca dan destinasi pengembaraan.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.