Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Oktober 2024

KAMAX Super Pro 125 – Jenama Terbaru Bawah KTNS Holdings Sdn Bhd

KTNS Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan jenama terbaru dari China untuk pasaran negara dengan melancarkan model pertama di bawah jenama tersebut iaitu Super Pro 125. Model ini bukan sahaja didatangkan dengan gaya retro-moden tetapi menampilkan ciri-ciri terkini dan serba canggih.

Moped ini dijana bersama enjin berkapasiti 125cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk udara. Selain menggunakan  sistem suntikan bahan api elektronik BOSCH (EFI), enjin jentera ini juga boleh menghasilkan kuasa maksimum 6.3kW pada 7,500rpm dan tork 9.3Nm pada 5,000rpm.

Kestabilan Super Pro 125 turut disumbangkan oleh sistem saspensi hadapan jenis fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar hidraulik untuk bahagian belakang. Ciri keselamatan pada jentera ini dipermantapkan lagi bersama sistem ABS pada roda hadapan supaya dapat meningkatkan lagi kecekapan semasa menunggang terutama ketika membrek dengan kuat.

Walaupun menawarkan rekabentuk retro, motosikal ini tetap disempurnakan dengan teknologi terkini seperti sistem kunci pintar, paparan meter LCD dan lampu-lampu jenis LED. Kemasan krom di beberapa bahagian meningkatkan lagi aura klasiknya.

Menariknya lagi, penunggang boleh memantau tahap tekanan tayar pada jentera ini menerusi sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS). Dengan adanya ciri ini dapat membantu penunggang agar lebih peka dengan tekanan tayar sekaligus meningkatkan lagi taraf keselamatan.

Antara kelengkapan lain seperti berat 110kg, jarak roda 1,245mm, tinggi pelana 760mm, brek hadapan jenis cakera, sistem penghidup elektrik dan tangki bahan api 3.8 liter.

KAMAX Super Pro 125 ditawarkan pada harga asas bermula RM8,888 (tanpa cukai jalan & insurans) dengan tiga pilihan warna seperti Army Green, Matte Black dan Green (SE). Para pembeli model ini juga akan menerima waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh KTNS Holdings Sdn Bhd. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.