Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 September 2024

Kamax Motorcycles Perkenalkan Siri Cub Pro Baru

Pengeluar motosikal dari China, Kamax Motorcycle memperkenalkan model baru dari segmen 'kapcai' iaitu Cub Pro 125. Dengan tagline 'Happiest Motorcycle', Cub Pro menampilkan sebuah rekaan yang Ringkas, Bergaya dan Cool.

Model 'underbone' ini disempurnakan dengan enjin 125cc, sistem suntikan bahan api Bosch EFi, sistem penyejuk udara yang berkuasa 8.6ps pada 8,000rpm dan tork 6.8kW juga pada 8,000rpm. Dengan pelana yang hanya setinggi 760mm, ia boleh ditunggangan oleh sesiapa sahaja. Untuk disesuaikan sebagai 'produk' moden 2024, Cub Pro ini didatangkan dengan sistem Kunci Pintar.

Cub Pro didatangkan dengan sistem pencahayaan jenis LED (depan & belakang) dan turut dilengkapkan dengan panel meter digital yang memaparkan pebagai info penting seperti Tahap Kelajuan, Posisi Gear,, tahap putaran RPM, Jarak Perjalanan, Jam dan Trip.

Sistem saspensi model ini juga telah ditingkatkan untuk bekerja keras khususnya ketika penunggang berada di jalanan berkelompok. Kedua-dua tayar yang dipasangkan dengan brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS. Memang mantap.

Posisi menunggang selesa, seperti menunggang jentera cub 'retro' dulu. Pelananya dipisahkan kepada 2 bahagian dengan tujuan untuk menambah kelesaan. Kamax Cub Pro ditawarkan dalam 10 warna yang cukup menarik. Selain varian 125cc, turut ditampilkan ke pasaran ialah Cub Pro 150 dan Cub Pro 50. RR

Spesifikasi Ringkas:

Enjin: 125cc, Sistem Suntikan Bahap Api Bosch EFi
Tapak roda: 1,245mm
Berat: 115kg
Kelegaan tanah: 125mm
P x L x T: 1,915 x 720 x 1,000mm

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.