Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 September 2024

Ducati Hypermotard 698 Mono & Mono RVE Dilancarkan Ke Pasaran Negara

Ducati Malaysia memeriahkan lagi pasaran motosikal negara dengan melancarkan model terkini iaitu Hypermotard 698 Mono dan 698 Mono RVE, jentera supermotard pertama dari Ducati yang hadir dengan enjin satu silinder. Majlis pelancaran model ini telah diadakan di Ducati Johor Bharu dan disempurnakan oleh En. Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, En. Marco Biondi, Naib Presiden Jualan & Pasaran Ducati Asia Pasific bersama para jemputan VVIP.

Siri Hypermotard baru ini dilengkapi dengan enjin Euro 5  659cc, silinder tunggal ‘Superquadro Mono’, sistem sejukan cecair yang berkuasa 77.5hp pada 9,750rpm dan tork maksimum 63.0Nm pada 8,000rpm.

Model baru ini dipadankan dengan penggunaan skrin jenis LCD 3.8 inci yang terang dan jelas yang bukan sahaja memberi pelbagai jenis maklumat penting tetapi juga memudahkan pemiliknya membuat pelbagai jenis talaan seperti mod tunggangan (Sport, Road, Urban, dan Wet) dan sistem elektronik moden yang lain. Untuk memberikan pecutan yang lancar, sistem transmisi 6 kelajuan model RVE dilengkapkan dengan Ducati Quick Shift Up/Down. Perbezaan lain di antara kedua-dua varian adalah dari segi rekacorak grafik.

Untuk pengendalian yang mantap lebih-lebih lagi di laluan berselekoh, kerangka Ducati ini adalah dari jenis "trellis" yang dipadankan dengan fork depan aluminium 45mm serta sepasang lengan ayun aluminium jenis Sachs di bahagian belakang.

Tayar hadapan Hypermotard baru ini bersaiz 120/70-ZR17 manakala tayar belakang pula 160/60-ZR17 yang didatangkan dengan brek jenis Brembo bersaiz 330mm. Sistem ABS Bosch pula merupakan ciri standard dengan 4 tahap yang termasuk fungsi Slide By Brake.

Ducati baru ini menawarkan rekabentuk luaran berinspirasikan gaya ‘Street Art’ dengan tubuh badan yang kompak, gaya agresif dan cukup garang. Pelananya agak tinggi (904mm) dengan berat kering 151kg serta tangki bahan api bersaiz 12 liter.

Ducati Malaysia turut melancarkan bilik pameran Ducati Johor.
Ducati Malaysia turut melancarkan bilik pameran Ducati Johor.

Sistem elektronik moden yang dipadatkan pada Hypermotard 698 Mono ini terdiri daripada Mod Tunggangan, Bosch Cornering ABS, Traction Control, Ducati Quick Shift, Ducati Wheelie Control, Engine Brake Control, Ducati Brake Light, Ducati Power Launch, sistem pencahayaan LED berserta lampu DRL.

Ducati Hypermotard 698 Mono ditawarkan pada harga asas RM70,900 manakala varian RVE pula boleh dimiliki pada harga RM77,900. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

BENDA Malaysia telah memperkenalkan jentera cruiser kelas pertengahan untuk pasaran negara iaitu BENDA Chinchilla 500.