Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Ogos 2024

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Perkenalkan Logo Baru, Lancarkan KRISS 110 Fi

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) dengan rasminya melancarkan logo serba baru 2024 dalam usaha memperkembangkan jenama motosikal nasional itu ke peringkat global. Rekabentuk baru logo MODENAS ini diinspirasikan dari simbol “M” yang mencerminkan keberanian serta lebih moden.

Dengan pengenalan kepada logo dan identiti serba baru, MODENAS bersedia untuk membawa keseronokan masyarakat, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global.

Model sulung daripada MODENAS yang dilengkapkan dengan logo baru ini, Kriss 110 Fi turut dilancarkan. Jentera yang dianggap sebagai ikon rakyat ini telah dinaik taraf dengan enjin Euro 4 dan sistem suntikan bahan api.

Model baru ini juga hadir dengan pengecas USB, tayar bersaiz 17-inci ‘tubeless’ dan ditawarkan dalam dua varian iaitu standard (dengan brek drum) berharga RM4,599 manakala varian brek cakera boleh dimiliki pada nilai RM4,998.

Dikhabarkan pihak MODENAS sudah pun mengeksport model-model baru ke pasaran Filipina yang lengkap dengan logo 'MODENAS' terbaru. RR

Popular

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

  • Warta Roda

    Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

  • Warta Roda

    SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

  • Warta Roda

    Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Artikel berkaitan

Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

AVETA lancarkan skuter 'Adventure' terbaru, Vanguard 250 (Standard & SE)

Hong Leong Yamaha Lancarkan NMAX155 ABS 2025. Harga dari RM11,498

3 Model Baru, 1 Model Pra-tonton dari Mforce Bike Hondings

BSH Lancarkan Honda RS-X Winner Serba Baru

Boon Siew Honda Perkenalkan Wave Alpha Dengan Warna Lebih Menarik

MODA SPORTER S - Skuter Maksi Terbaru Dari MODA. Harga RM17,888

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Polis berjaya memberkas seorang pemuda berusia 23 tahun yang disyaki terlibat membakar motosikal sehingga menyebabkan sembilan buah rumah hangus dalam kejadian berasingan di Kupang, Baling.

Dari Litar

Ducati Panigale V4 R Warna Biru Scott Reading Memang Cun!

Menjelang pembukaan tirai musim baru WorldSBK 2025, pasukan MGM Bonovo Racing mungkin antara yang paling menyerlah selepas menampilkan rekacorak liveri yang agak berbeza. Ya.. memang 'rare' betul jentera Ducati lebih-lebih lagi versi perlumbaan hadir dengan warna biru.

Dari Litar

MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

Gresini Racing telah melancarkan pasukan mereka dan liveri MotoGP untuk musim 2025 di Litar Antarabangsa Imola.

Warta Roda

Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan Motosikal

Dua pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan di Kilometer 10 Jalan Bahau/Kemayan di sini pada Rabu.