Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 8 Ogos 2024

Kemper - Model Street Pertama 'Mid-Drive' Keluaran Yadea

Pengeluar motosikal elektrik, Yadea telah memperkenalkan model jalanan baru yang hadir dengan enjin berkuasa 40kW yang mampu menjana kuasa tork maksimum 570Nm dengan kemampuan memecut sepantas 100km/j hanya dalam masa 4.9 saat.

Dari segi masa pengecasan, model ini mampu mencapai tahap kuasa bateri sehingga 80% hanya dalam masa 10 minit tempoh mengecas. Hebat!

Kemper didatangkan dengan rekabentuk luaran yang cukup sporty. Bahagian hadapan bersudut tajam, dilihat dengan jelas menerusi rekaan lampu utama (jenis Class D Dual-Lens),  bahagian fairing dan madgad hadapan. Model jalanan ini juga dipasang dengan kamera 'dashcam' definisi tinggi (1080P).

Bahagian tangki pula nampak padu, mudah dikepit ketika memecut dalam kelajuan tinggi. Bahagian belakang juga direka seperti model sport, pelana pembonceng yang agak kecil.

Posisi menunggang natural, memberi keselesaan untuk mereka yang berada di kawasan urban mahupun ketika memecut di lebuhraya. Laju maksimum untuk model ini yang dinyatakan oleh pihak Yadea ialah 160km/j.

Model ini juga hadir dengan beberapa bahagian seperti fork hadapan, tongkat tengah dan hub rim yang dihasilkan daripada aluminium.

Model ini dilengkapkan dengan panel meter TFT yang memaparkan segala info dengan terang dan Temper juga dipasangkan dengan Kamera Dash untuk tujuan keselamatan.

Dengan penggunaan Yadea Smart Assistant, pemiliknya hanya perlu memuat turun aplikasi Yadea yang membolehkan penunggang menikmati Smart Unlocking (mengunci jentera via app), Smart Control (memudahkan kita mencari kedudukan parkir, GPS Positioning (tapak rumah) dan Security Monitoring (tahap kuasa bateri, suhu, voltan). Kemper juga menggunakan 2 soket pengecas iaitu Type 2 dan CCS Combo.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Brek cakera jenis Brembo beserta sistem ABS Bosch
  • Sistem Traction Control
  • Penyerap hentak perlumbaan jenis KYB
  • Lampu Kecemasan Berkelip
  • Sistem Kunci Bluetooth/Panggilan Suara
  • Kawalan Telefon Pintar

Menunggang jentera jalanan jenis elektrik yang garang seperti Kemper ini memang mengujakan. Kita berharap agak pihak Mforce yang selaku pengedar rasmi Yadea di Malaysia akan mempertimbangkan untuk membawa masuk model ini ke pasaran negara. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan skuter maksi baru iaitu BMW C 400 X & C 400 GT yang direka sesuai untuk para pencinta jentera automatik di seluruh negara.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Warta Roda

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta.