Isu Terkini

Jun 2024

Model Baru / 5 Ogos 2024

QJMOTOR Malaysia Lancarkan SRF15. Harga Asas RM8,888

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar eksklusif jenama QJMOTOR di Malaysia, telah melancarkan model terbaru SRF15 yang hadir dengan prestasi yang dipertingkatkan dan rekaan luaran cukup cantik.

KELABU
KELABU
MERAH
MERAH

QJMOTOR Malaysia menawarkan model terbaru ini dengan RM8,888.00 sebagai harga permulaan tidak termasuk insurans dan cukai jalan serta tampil dengan dua warna iaitu Red dan Silver. SRF15, ia dipadankan dengan enjin 150cc, suntikan bahan api, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk udara berkuasa 9.8kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 12Nm pada 7,000rpm.

Jentera jalanan dari QJMOTOR ini dilengkapi dengan lampu utama dan lampu penunjuk arah jenis LED yang memastikan suluhan cukup jelas pada bila-bila masa. Untuk keselesaan, SRF15 didatangkan dengan fork hadapan jenis USD yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

Tayar hadapannya bersaiz 120/70-12 menggunakan brek cakera 200mm manakala tayar belakang 130/70-12 pula dipadankan dengan cakera bersaiz 190mm. Dengan saiz tangki bahan api 7.2 liter, pemilik SRF15 ini akan dapat menikmati jarak perjalanan yang lebih jauh.

Antara ciri-ciri menarik:

  • klac basah, plat berganda
  • trasmisi 5 kelajuan
  • berat 124kg
  • panel motor digital
  • sistem ekzos moden
  • kerangka trellis

QJMOTOR SRF15 kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh negara, Setiap pembelian jentera ini, para pelanggan layak menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Turut ditawarkan ialah perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike. RR

Popular

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

  • Dari Litar

    ASB1000: Azlan Shah Raih Tempat ke-2 di Sepang

  • Dari Litar

    Pembangunan enjin MotoGP bakal dibeku sehingga 2027?

  • Warta Roda

    Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

  • Model Baru

    Ducati Hypermotard 698 Mono & Mono RVE Dilancarkan Ke Pasaran Negara

Artikel berkaitan

Ducati Hypermotard 698 Mono & Mono RVE Dilancarkan Ke Pasaran Negara

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Perkenalkan Logo Baru, Lancarkan KRISS 110 Fi

Yamaha PG-1 Dilancarkan ke Pasaran Negara. Harga asas RM7,000

Haochen HS150T-B - Skuter + Chopper? Padu Juga ye...

Kemper - Model Street Pertama 'Mid-Drive' Keluaran Yadea

Suzuki Malaysia Lancarkan V-Strom 250 SX Baru! Harga asas RM17,800

Ducati Panigale V4 Baru Dilancarkan di Misano!

CFMOTO 800MT Explore Tiba di Pasaran Negara! Harga Asas RM57,800

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda Selepas Menunggu Sekian Lama

Dari Litar

Hakim Danish Raih Podium Di Misano, Menamatkan Saingan Musim Ini di Tempat Ke-6 Keseluruhan

Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup melabuhkan tirainya pada 8 Ogos 2024 di Litar Misano dengan kedudukan podium buat Hakim Danish.

Dari Litar

Wira KBS: "Saya Akan Lebih Fokus Minggu Ini," Raiyan

Raiyan Khardanee yang berlumba untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 13 Racing akan meningkatkan lagi prestasinya dalam kategori Wira KBS.

Warta Roda

BMW Motorrad Anjur BMW CE 02 Fun Challenge & BMW CE 04 Test Ride

BMW Motorrad telah menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge