Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Februari 2018

Honda CBR500R, CBR500F & CBR500X 2018 Lebih 'Mengancam'!

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dengan rasminya memperkenalkan model 2018 untuk siri jentera bersesaran 500cc iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X yang kini dianggunkan dengan warna dan rekacorak serba baru. Ia juga mencerminkan karaktor terkini ketiga-tiga jentera Honda iaitu sporty, agresif dan lasak.

CBR500R, CB500F dan CB500X ternyata antara model yang paling popular di pasaran negara dan ini disebabkan oleh ciri-ciri penting yang dimiliki seperti mudah dikendalikan, prestasi mantap di semua jenis laluan serta tahan lasak. Untuk tahun 2018, Honda tetap mengekalkan rekabentuknya yang kompak tetapi kini lebih unik dan mantap agar siri CB500 lebih menarik perhatian. Walaupun begitu, penambahbaikan ini diasaskan menerusi konsep rekaan tersendiri iaitu Aggressive Speed Shape – CBR500R, Mechanical & Aggressive – CB500F manakala siri CB500X dengan konsep Feel The Adventure Form.

Siri CB500 ini diperkemaskan dengan enjin 471cc DOHC yang menawarkan kuasa setinggi 35kW dan kadar penggunaan bahan api yang cukup jimat (29.4/liter). Untuk kestabilan tinggi di pelbagai jenis laluan, Honda melengkapkan siri ini dengan kerangka jenis tiub - Steel Diamond yang bertegaran tinggi. Model baru ini juga lebih aerodinamik dan memiliki laluan udara dari hadapan ke belakang yang cukup efisien. Untuk tampak lebih mewah dan moden, ketiga-tiga Honda ini diberi kemasan LED pada lampu utama dan belakangnya.

Menurut Timbalan Pengerusi dan CEO BSH, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, “Tahun 2018 akan menjadi titik perubahan untuk Honda Big Bike di Malaysia yang telah pun dilancarkan beberapa bulan lalu. Honda BigWing akan dibuka di empat buah pusat bandar di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.”

Bagi model CBR500R, ia ditawarkan pada harga RM31,681.28 dan RM35,179.28 (ABS) dengan tiga warna menarik iaitu Pearl Metalloid White, Grand Prix Red dan Graphite Black. Model jalanan, CB500F pula berharga RM31,363.28 dan RM34,861.28 untuk unit ABS dengan tiga pilihan warna iaitu Force Silver Metallic, Candy Chromosphere Red dan Candy Caribbean Blue Sea.

Bagi model pengembaraan CB500X, harga jualannya ialah RM31,893.28 dan RM35,391.38 bagi unit berserta ABS. Model ini juga ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Force Silver Metallic, Candy Chromosphere Red dan Mat Gunpowder Black Metallic. Kesemua harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk GST tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Untuk kemudahan para pelanggan mereka, model-model ini didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Selepas pelancaran siri CB500, BSH bersedia untuk terus memperkenalkan pelbagai lagi model terbaru pada tahun ini. RR

Isu Pada

Februari 2018

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.