CFMOTO 800MT Explore Tiba di Pasaran Negara! Harga Asas RM57,800
CFMOTO Malaysia telah melancarkan model terbaru iaitu 800MT Explore untuk pasaran negara. Model ini merupakan versi 800MT yang telah dipertingkatkan dengan harga asas RM57,800 (tanpa cukai jalan dan pendaftaran), terdapat dua pilihan warna iaitu Gem Black & Starry White. Perkenalan model ini sudah pasti dapat menarik minat pecinta dua roda dengan ciri-ciri serta prestasi yang dijanjikan dan dapat memperkukuhkan lagi jenama CFMOTO dalam industri automotif.
800MT Explore didatangkan bersama enjin parallel Twin yang bersesaran 799cc dengan sistem DOHC. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 67kW pada 9,250rpm dan tork 75Nm pada 8,000rpm.
Model ini telah disempurnakan dengan paparan 8 inci Multi Media Interface (MMI) yang turut menawarkan teknologi navigasi. Paparan ini juga boleh disambungkan dengan telefon pintar untuk kawalan muzik dan notifikasi. Dengan adanya ciri-ciri seperti ini, nilai gabungan teknologi moden dan kemudahan pada jentera meningkatkan lagi pengalaman menunggang.
Selain itu, sistem keselamatan seperti Traction Control berfungsi untuk mengelakkan berlakunya kegelincirian pada roda belakang. Tambahan lagi model ini merupakan jentera keluaran pertama CFMOTO yang menampilkan sistem RDS Rear Radar. Ciri ini berfungsi untuk mengesan "Blind Spot" di bahagian belakang untuk menukar lorong dengan selamat. Manakala ciri elektronik lain seperti Enduro dan Pro Riding Mode.
CFMOTO turut melangkapkan model ini bersama dua kotak barangan sisi aluminium yang masing-masing bersaiz 35L dan 28L. Untuk 'top box' pula bersaiz 36L sekali gus memudahkan penunggang untuk menyimpan barangan.
Bagi memastikan keseimbangan yang cemerlang terutama ketika mengambil selekoh, model ini dilengkapi dengan set-set tayar bersaiz 110/80-19 (depan) dan 150/70-17 (belakang). Manakala sistem ABS pula meningkatkan lagi keyakinan untuk menunggang.
Dengan setiap pembelian CFMOTO 800MT Explore, para pembeli juga akan menikmati jaminan waranti selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had serta pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.RR
Popular